Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 September, 2011

SMK Sri Aman meriahkan sambutan Hari Malaysia



Caption: PATRIOTIK...Ibrahim (tengah) ketika bersama para guru mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah di SMK Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (17 Sept) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan Hari Malaysia Ke-43 yang berlangsung serentak di seluruh negara kelmarin.

Sambutan perayaan Hari Malaysia Ke-43 yang disambut pada peringkat sekolah itu telah berlangsung dengan meriah di Dewan Hollis Tini, SMK Sri Aman bermula tepat jam 7 pagi kelmarin.

Majlis bagi peringkat sekolah itu bermula dengan sesi perhimpunan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia Ke-43 yang membabitkan sekitar 800 orang pelajar SMK Sri Aman.

Menerusi majlis perhimpunan berkenaan, Pengetua SMK Sri Aman iaitu Haji Ibrahim Jamain telah menyampaikan amanatnya kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah sebelum ia disambung dengan upacara nyanyian lagu patriotik.

Kesemua guru dan para pelajar mengibarkan bendera Jalur Gemilang ketika bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sempena sambutan Hari Malaysia ini sebelum majlis tamat sekitar jam 8 pagi.

“Kita berharap agar majlis sambutan Hari Malaysia Ke-43 peringkat sekolah ini dapat menyemai semangat cintakan negara dikalangan para pelajar SMK Sri Aman mulai sekarang.

“Justeru kami berharap agar para pelajar menghargai keamanan dan kesejahteraan hidup yang mereka nikmati sekarang hasil kebijaksanaan pemimpin negara dalam menyatu-padukan semua penduduk dalam negara Malaysia,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment