Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 September, 2011

Perpaduan wujud hasil pentadbiran kerajaan yang cekap - Nyalau


Caption; TAHNIAH...Nyalau (kiri) menyampaikan hadiah kepada naib juara pertandingan karaoke (kanan) sambil disaksikan oleh Jack (dua kanan) dan James (kanan sekali) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Selasa (6 Sept) - Sistem pentadbiran Malaysia adalah yang terbaik di rantau ini memandangkan kerajaan berjaya mewujudkan hubungan perpaduan yang kukuh antara semua kaum dalam negara ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung di Kampung Melayu, Lubok Antu hari ini.

Katanya salah satu bukti kejayaan Malaysia ialah apabila semua kaum di negara bersama-sama meraikan perayaan utama tanpa adanya kejadian yang tidak diingini sehingga ke masa sekarang.

“Semua kaum dapat kunjung-mengunjungi rakan berbilang bangsa ketika berlangsungnya sesebuah perayaan yang lain tanpa ada rasa bimbang terhadap ancaman keselamatan terhadap diri masing-masing.

“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dalam mewujudkan hak sama rata dikalangan penduduk berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Selain itu hubungan perpaduan yang kukuh kata Nyalau telah mewujudkan amalan perkongsian bahasa dikalangan penduduk berbilang kaum seperti mana yang berlaku di Lubok Antu pada masa sekarang.

Penduduk kaum Iban dan Melayu misalannya kata beliau fasih menguasai bahasa antara satu sama yang lain sekaligus membuktikan bahawa wujudnya hubungan perpaduan kukuh antara mereka selama ini.

“Justeru saya berharap agar budaya seperti ini dapat diperkukuhkan dalam diri semua penduduk berbilang kaum di Lubok Antu demi kebaikan bersama pada masa akan datang,” katanya.

Nyalau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada JKKK Kampung Melayu Lubok Antu dan RM5,00 lagi untuk biro wanita kampung terbabit.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat, Ketua Polis Daerah Lubok, DSP James Johnathan dan para ketua kaum dalam daerah Lubok Antu.

Tamat....

No comments:

Post a Comment