Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2011

Penduduk Kampung Sibau Rimbau, Simunjan enjoy musim durian





Caption: TUAH...Zaidie (tengah) bergambar bersama sanak-saudaranya sebaik selesai mengumpul durian di Dusun Semabang, Sibau Rimbau, Simunjan kelmarin.


SIMUNJAN, Khamis (8 Sept) – Musim durian kembali! Kali ini penduduk Iban dari Kampung Sibau Rimbau, Simunjan tidak ‘lepas tangan’ untuk mengumpul buah durian yang mula gugur di dusun utama pada masa sekarang.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati bahawa penduduk Iban dari Kampung Sibau Rimbau, Simunjan mula mengumpul buah durian dari Dusun Semabang, iaitu antara dusun utama milik mereka di situ semenjak seminggu yang lepas.

Seorang penduduk, Zaidie Eddie Ibrahim ketika ditemui berkata buah durian jatuh secara berperingkat di Dusun Semabang pada masa sekarang berpandukan kepada proses pendebungaan yang berlaku terhadap bunga pokok terbabit semenjak tiga bulan lepas.

“Dengan kata lain buah durian terbabit akan jatuh secara berperingkat-peringkat di Dusun Semabang, Sibau Rimbau, Simunjan selepas ini,” menurut beliau ketika bersama sanak saudaranya mengumpul buah durian di situ kelmarin.

Sementara itu seorang lagi penduduk iaitu Eric Banyeng berkata beliau bersama isteri sudah mula menjual buah durian di kawasan Kuching dan Samarahan untuk meraih rezeki tambahan.

Buah durian di Dusun Semabang kata beliau cukup banyak sehingga selebihnya buah durian yang tidak dapat dimakan dijadikan sebagai tempoyak untuk lauk santapan keluarga selepas itu.

“Memandang hasil durian terlalu banyak maka selebihnya telah saya jual di Kuching. Tiga biji buah durian ini saya jual dalam satu tompok dengan nilai harga antara RM15 hingga RM20.

“Sambutannya penduduk terhadap jualan buah durian kami nyata amat memberansangkan kerana buah durian dari Dusun Semabang dikatakan oleh mereka sangat lunak dan enak,” katanya.

Justeru seorang lagi penduduk iaitu Mantel bercadang untuk membawa saudaranya menjual buah durian dari Dusun Semabang berkenaan di Pasar Tamu Sri Aman selepas ini.

“Mungkin penduduk di Bandar Sri Aman hanya menikmati durian dari kawasan mereka. Namun mereka bakal menikmati kenikmatan rasa Raja Buah dari Dusun Semabang, Simunjan kelak,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment