Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2011

45 orang pesakit Hospital Sri Aman terima sumbangan raya


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) merakam gambar kenang-kenangan bersama tetamu jemputan khas sebelum bermulanya majlis itu hari ini.


SRI AMAN, Isnin (12 Sept) – Sejumlah 45 orang pesakit dari Hospital Bahagian Sri Aman telah menerima hamper bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada jam 9.30 pagi hari ini.

Para pesakit menerima hamper tersebut menerusi majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan kerjasama MAKSAK Wanita Bahagian Sri Aman dan Persatuan Meninggikan Akhlak Chee Chuan Khor Sri Aman.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kesemua sumbangan hamper kepada semua pesakit di beberapa buah wad dalam hospital berkenaan.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata majlis terbabit secara tidak langsung akan membolehkan para pesakit merasai suasana kemeriahan sambutan perayaan Hari Raya yang telah berlangsung semenjak 30 Ogos lepas.

“Sumbangan hamper ini juga secara tidak langsung menceriakan lagi keadaan pesakit yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan di Hospital Bahagian Sri Aman pada masa sekarang.

“Justeru kami berharap agar para pesakit sedar bahawa mereka tidak dipinggirkan oleh semua komuniti penduduk normal walaupun ketika berlangsungnya perayaan utama dalam negeri ini,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Juruteru Bahagian Jabatan Kerja Raya Sri Aman, Cassidy Morris, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Jamit Ajok, Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Hayati Jaafar, Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Murnihayati Ali dan pegawai di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment