Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2011

Kumpulan K - Car cari ahli baru


Caption: UNIK...Pemilik kenderaan K – Car bergambar kenangan ketika berlangsungnya aktiviti mereka baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (22 Sept) –  Satu aktiviti riadah telah disusun atur oleh Gerakan K-Car Sarawak pada sambutan Hari Malaysia lepas yang menghimpunkan seramai 30 orang pemilik kenderaan K- Car di Serian.

Jurucakap Gerakan K – Car, Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari berkata aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubhngan silaturrahim di antara pemilik-pemilik kenderaan kecil seluruh Sarawak. 

“Penubuhan Gerakan K-Car Sarawak ini juga bertujuan untuk menjadi medan kepada perkongsian maklumat dan memudahkan komunikasi antara penggemar hobi yang unik ini.

“Gerakan memberi peluang kepada pengemar kenderaan K – Car atau Kei – Car (dalam Bahasa Jepun) iaitu kenderaan bawah kuasa 1,000 CC untuk urusan jual beli secara online terhadap barangan unik dari Jepun,” kata Pengurus Pusat Giat Mara Sri Aman itu.

Pada bulan ini katanya satu aktiviti riadah telah diadakan Ranchan, Serian di bawah kendalian Fidelis Kenny membabitkan seramai 28 buah pemilik kenderaan dari laman web Facebook.

Satu aktiviti pertemuan ulung untuk ahli-ahli GKCS Sibu menerusi kendalian Encik Yus katanya turut telah dilaksanakan di Dataran Phase II Sibu dengan matlamat memberikan peluang kepada belia menghindari diri dari aktiviti tidak sihat.

“Ahli dari pelbagai latar belakang dan kelab yang berbeza ini bukan hanya berkongsi maklumat tentang dunia modifikasi kenderaan malah berpeluang untuk membantu dalam pelbagai perkara.

“Justeru dengan kewujudan tiga cawangan GKCS kini maka pengguna K-Car yang sering menggunakan Jalan Pan-Borneo boleh mendapatkan bantuan  dari rakan-rakan GKCS di Miri, Sibu dan Kuching pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa penggemar K-Car di sekitar Miri dan Bintulu boleh menyertai Gerakan K-Car Sarawak Miri yang akan mengadakan aktiviti riadah pada 25 September di Pantai Peliau Bekenu.

“Sesiapa yang ingin menyertai aktiviti ini bolehlah melawat Laman Facebook Gerakan K-Car Sarawak untuk maklumat lanjut,” katanya sambil pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan dilaksana demi menambah cawangan GKCS selepas ini.

Tamat

No comments:

Post a Comment