Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2011

Polis minta kerjasama daripada orang ramai kesan Nur Aisyah Abdul Hisyam yang hilang dari rumah semenjak 5 September


Caption: HILANG...Aisyah dilaporkan hilang sehingga sekarang semenjak keluar dari rumah bersama sepupu lelakinya pada 5 September lepas.


SRI AMAN, Isnin (19 Sept) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman meminta kerjasama daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai hilang semenjak 5 September lepas.

Mangsa iaitu Nur Aisyah Abdul Hisyam yang dipercayai hilang semenjak tarikh itu menetap di Kampung Batu Besai Ili, Melugu dan merupakan seorang bekas pelajar lepasan SPM.

“Mangsa dikatakan sering membantu ibunya membuat kuih-muih di rumah untuk tujuan perniagaan semenjak selesai menduduki peperiksaan SPM sebelum berlakunya kejadian itu.

“Pada 5 September lepas, penduduk kampung melaporkan telah melihat mangsa keluar dari rumah bersama seorang sepupu lelakinya dengan menggunakan kenderaan jenis pacuan roda untuk pergi ke Sri Aman dan tidak pulang ke rumah selepas itu.

“Ibu dan ayah Aisyah kemudiannya bertindak mencari di sekitar Bandar Sri Aman dan berhasil menemui kenderaan pacuan roda terbabit di Stesen Bas Sri Aman pada keesokan harinya iaitu 6 September,” kata kenyataan polis.

Ibubapa mangsa kemudiannya bertindak pergi ke Balai Polis Sri Aman untuk membuat laporan kehilangan anak mereka yang dilihat keluar dari rumah bersama sepupunya iaitu Tamar Jacoby Lowis, 22 tahun.

“Telefon bimbit milik kedua-dua mereka masih gagal dihubungi sehingga masa sekarang. Justeru pihak kami berharap agar orang awam tampil melaporkan perkara terbabit kepada polis sekiranya terlihat mangsa selepas ini,” katanya.

Orang awam boleh menghubungi Sub Inspektor Nicholas Nyalog menerusi talian telefon 019-8299343 atau menerusi talian 083-322121 sambungan 205 jika mahu melaporkan perkara terbabit.

Tamat.



No comments:

Post a Comment