Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 September, 2011

Lapor masalah kepada wakil rakyat BN bukan pembangkang, Mong


Caption: TERIMALAH...Tr Lindang (kiri sekali) sedang menyampaikan cenderamata kepada Mong sambil disaksikan oleh Maisng (tengah) dan tetamu wakil rakyat BN yang lain pada majlis itu.


PANTU, Rabu 14 Sept) – Jangan mengadu kepada pihak pembangkang jika ada masalah demikian nasihat Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Mong anak Dagang kepada penduduk luar bandar di sini.

Ini kerana masalah yang diadu kepada pihak terbabit katanya akan dirujuk kepada Pejabat Residen, Pejabat Daerah atau lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Untuk itu apa salahnya menggunakan saluran wakil rakyat BN di kawasan masing-masing jika mahu berbuat demikian? Ia lebih baik daripada mengadu masalah terbabit kepada pihak pembangkang selepas ini,” kata beliau.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu baru-baru ini.

Selain itu tindakan rakyat mengadu masalah kepada pihak pembangkang kata beliau secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pihak tersebut untuk memainkan isu ketika berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

“Isu masalah rakyat yang dianggap kecil akan sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak pembangkang bagi meraih sokongan politik daripada mereka bersempena dengan PRU13 kelak.

“Justeru saya menasihatkan rakyat untuk mengadu masalah kepada wakil rakyat BN di kawasan masing-masing yang semestinya akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah terbabit dari masa ke semasa,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Masing itu menyaksikan Mong mengumumkan peruntukan berjumlah RM7,000 kepada JKKK Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, pegawai tinggi kerajaan dan ketua kaum di sini.

Masing juga turut menyempurnakan upacara perasmian kemudahan Gravity Feed Water yang berlangsung di perkarangan luar Rumah Lindang Jemat sebaik sahaja selesai majlis berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment