Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2011

Durian dari Simunjan 'tawan' Pasar Tamu Sri Aman

Barisan penjual durian dari Simunjan (dari kiri ke kanan) : Mantel, Eddie, Jamil, Jimut dan Jeffery.

Eddie (baju putih) dan Jeff (baju biru) tersenyum girang setelah buah durian pertama mereka dibeli oleh mak nyah

Kakak 1 : "creeet pot pet pot...creet, berapa harga buah ni adik? sreettt pet pet,"
Kakak 2 : " sreeet pot pot pet,oo mak ko terberak, eh boleh kurang ka adik?"
Jimut : "Buah yang handsome ni kami jual RM10 satu bijik kak... tapi akak berdua punya pasal saya jual murah aje... RM20 satu biji,"
Mantel : "Ada warranty satu tahun kak.. beli lah,"

Kakak 1 : "Haa.. adik. Kakak pilih yang kemetot ni k,"
Mantel : "Psssst jimut. Lokek la kakak ni....ppssts.. hajah bakil,"
Jimut: "I sedang membaca jampi supaya dia beli banyak banyak hehehe,"

Jeff : "Haaa pakcik.. beli beli.. murah murah.. durian ada, manggis ada, buah getah ada, buah tangan pun adaa....,"
Eddie : "Yalah pakcik. Beli lah buah kami. Dijamin halal ni,"
Budak : "Bapak... i nak makan durian bukan buah rambutan ni...."
Bapak : "Inilah buah durian, mangkok! kecik kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan diri ku sahaja,"

Apek (baju jambu) : "Erm kalu wa makan ini buah, conform wa bini tada mau i kimbit ini malam,"

Pakcik 1 : "Boss, ini buah apa?"
Pakcik 2 : "Yalah, buah apa ni boss?"
Budak : "Bodo la u bapak, ini lah buah pisang,"
Pakcik 1 : "Boleh buka 2 biji tak i nak test,"
Jeff : "Jimut, cuba u ambil aku punya cangkol dekat belakang kereta sekarang,"

Eddie : "Durian made in Simunjan. Kampung Sibau Rimbau, Simunjan mari punya. Mula dijual di Pasar Tamu Sri Aman. Produk berkualiti, dijamin sedap hingga menjilat kaki. Kaki juga turut menjilat durian,"

Jeff : "Ya adik abang dan kakak kakak. Try lah produk kami. Dihasilkan menerusi taktik perkilangan yang bermutu tinggi, dihasilkan dengan rempah ratus yang halal. Sekali rasa pasti nak lagi,"

Jimut & Mantel : "Yehhhhhh," - jadi model

Eddie : "Haaa control control. Hidung kasi kembang ya... tu gigi tu... kasi tutup. Haaa mata kasi juling yaa... i gamba masuk facebook,"

Mantel : "Benci lah....,"

Jeff : "Susun buah ni betul betul, pastikan yang berlubang tu ke bawah.. hahahahah (ketawa orang jahat),"
Jamil : "Bang, ada tahi monyet melekat dekat buah ni.. macam mana bang?"

Inilah buah durian yang diimport khas dari negara Bangladesh

Jamil (baju putih) : "Ok, macam ni. RM40 untuk 3 tompok ni, 20 sen untuk yang biji besar,"
Jeff: "Bisnes aliran mana u pakai ni?

Makcik : "Yang buruk tu letak di kiri, yang kena makan tupai tu letak depan, yang handsome tu letak atas kepala, k,"
Jeff : "Jangn layan jangan layan...,"

Makcik : "Erm.... boleh bagi free tak?
Jeff (baju biru) : " Bole...... boleh blah,"
Zaidie (baju putih) : "Ya lah makcik, boleh blah juga ye..,"


Caption: LAKU...Penduduk sedang membeli buah durian milik kumpulan penjual dari Kampung Sibau Rimbau, Simunjan di Pasar Tamu Sri Aman petang kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (9 Sept) – Lokasi tumpuan orang ramai di Bandar Sri Aman iaitu Pasar Tamu nyata telah dikuasai oleh Raja Buah atau durian dari kawasan Simunjan semenjak seminggu lepas.

Tinjauan Utusan Sarawak kelmarin mendapati bahawa buah durian dijual antara harga RM25 hingga RM40 bagi tiga atau dua biji durian di Pasar Tamu Sri Aman ekoran ketiadaan buah di kawasan daerah ini.

Walaupun harganya mahal, namun Raja Buah terbabit tetap mendapat sambutan dikalangan peminat durian di Sri Aman yang sememangnya sukar mencari buah terbabit pada masa sekarang.

Namun begitu nilai harga buah durian yang tinggi sememangnya memberikan rezeki melimpah ruah kepada penduduk kaum Iban dari kawasan Sibau Rimbau, Simunjan yang memanfaatkan peluang terbabit kelmarin.

Buah durian yang sedang gugur di Dusun Semabang dalam perkampungan mereka nyata dimanfaatkan oleh para penduduk di situ dengan menjadikan Bandar Sri Aman sebagai lokasi tumpuan mereka bagi menjual buah terbabit di situ petang kelmarin.

“Sri Aman menjadi tumpuan utama kami memandangkan nilai harga jualan di sini amat tinggi berbanding dengan nilai harga jualan buah durian di Siburan (Kuching) pada masa sekarang.

“Justeru keuntungan lebih tinggi akan dapat diraih oleh kumpulan kami jika buah durian ini dijual di Pasar Tamu Sri Aman berbanding dengan di Siburan,” menurut salah seorang penjual buah durian dari Sibau Rimbau, Simunjan iaitu Jamil Pinoh.

Manakala itu seorang lagi penjual iaitu Jeffery berasa terkejut apabila mendapati buah durian dari Simunjan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada penduduk di Sri Aman.

Kumpulan mereka katanya menjual buah durian terbabit pada harga yang ditawarkan oleh lain-lain penjual sebelumnya iaitu RM25 bagi tiga biji buah sebelum ia diturunkan menjelang lewat petang.

Sementara itu seorang penduduk Sri Aman iaitu Faizal berkata kesemua durian yang dijual di Pasar Tamu Sri Aman telah diborong oleh individu tertentu dari kawasan Simunjan semenjak dua minggu lepas.

“Sebab itulah harga buah durian di sini begitu mahal sebab ia diborong oleh penjual dari kawasan Simunjan. Kesedapan Raja Buah itu telah mendorong penduduk untuk tidak memperdulikan kemahalan harga buah durian terbabit,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment