Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 September, 2011

Sokonglah BN dengan sepenuh hati - Nyalau

Caption: TERIMALAH...Nyalau (kanan) menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada seorang pemenang (kiri) sambil disaksikan oleh Arifahamalina (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.


LUBOK ANTU, Sabtu (24 Sept) – Rakyat di kawasan pendalaman perlu menyokong Barisan Nasional (BN) dengan sepenuh hati menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) kelak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Katanya kerajaan BN telah membuktikan kemampuan mereka untuk memajukan hidup rakyat di kawasan dalam dan luar bandar selama ini berbanding dengan pihak parti pembangkang semenjak dari dahulu.

“Jika rakyat kawasan luar bandar amat memerlukan perubahan dalam hidup mereka maka BN adalah sebuah parti yang paling layak untuk disokong oleh mereka pada PRU13 kelak.

“BN sudah cukup berpengalaman dalam mentabdir negara ini. Justeru saya berharap agar rakyat berfikir semasak-masaknya tentang hala tuju hidup pembangunan mereka mulai sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau 2011 anjuran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sbangki, Lubok Antu kelmarin.

Sementara itu Nyalau juga menasihatkan ibubapa untuk lebih serius memantau perkembangan pendidikan anak-anak demi merealisasikan kewujudkan golongan modal insan berkelas tinggi selepas ini.

Kewujudan golongan modal insan berkualiti tinggi ini katanya adalah amat penting demi mengisi ruang pembangunan negara yang mencakupi segala segi iaitu ekonomi, politik dan sosial.

“Dengan kata lain kerjasama erat antara ibubapa dan guru adalah amat penting bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan cemerlang ini tercapai pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Guru Besar SK Sbangki, Arifahamalina @ Adeline Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Sbangki, Selutan anak Anjie, para ketua kaum dan kakitangan SK Sbangki, Lubok Antu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment