Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2011

Taman Siang alami banjir

Caption: TERJEJAS...Gambar menunjukkan keadaan banjir di kawasan Taman Siang setelah hujan lebat turun selama tiga jam di situ baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (19 Sept) – Penghuni Taman Siang Sri Aman meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menambahbaik segera sistem peparitan yang terdapat di kawasan taman mereka selepas ini.

Ia ekoran berlakunya banjir di kawasan taman terbabit setelah hujan lebat turun tanpa henti selama tiga jam sehingga menyebabkan air bah naik antara satu hingga dua kaki pada hari Sabtu lepas.

Seorang penghuni Taman Siang yang enggan namanya disiarkan di sini memberitahu hujan lebat telah turun di kawasan perumahan mereka bermula dari jam 5 pagi sebelum ia reda semula pada jam 8 pagi.

“Akibatnya ialah kawasan perumahan kami dilanda banjir. Saya dan keluarga terpaksa bekerjasa keras menimba semula air yang mula memasuki rumah ketika berlangsungnya hujan lebat itu,” katanya.

Beliau mendakwa banyak parit di kawasan Taman Siang tersumbat memandangkan penghuni dari beberapa buah kediaman mereka telah berpindah ke rumah baru sebelum ini.

Mereka katanya telah berpindah ke rumah baru memandangkan rumah asal mereka di Taman Siang mengalami kerosakan teruk yang dipercayai berpunca dari masalah tanah mendap.

“Akibatnya kawasan parit mereka terbiar. Justeru saya memohon pihak PBT iaitu Majlis Daerah Sri Aman untuk melaksanakan kerja menggali semula parit di sekitar kawasan Taman Siang demi mengurangkan lagi masalah banjir pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment