Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2011

RM201K bantuan khas diagih kepada penduduk Engkilili


Caption: TERIMA KASIH BN...Rayong (tengah) bersama Nyalau (kanan) ketika bergambar kenangan bersama ahli SUPP Engkilili, ketua kaum dan penerima bantuan khas baru-baru ini.


ENGKILILI, Jumaat (16 Sept) – Sejumlah 403 buah keluarga dari sembilan buah perkampungan Cina dan taman perumahan dalam kawasan Engkilili menerima wang bantuan khas yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM201,500 di sini baru-baru ini.

Bantuan khas bernilai RM500 untuk satu keluarga ini telah pun disampaikan kepada semua penerima terbabit bertempat di di pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Engkilili.

Dua orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa hadir bagi menyampaikan bantuan terbabit.

“Kerajaan BN telah mengotakan janjinya kepada rakyat apabila bantuan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya lepas telah pun diserahkan kepada rakyat pada masa sekarang.

“Justeru saya menasihatkan rakyat di kawasan Engkilili untuk memanfaatkan bantuan tersebut sebaik yang mungkin untuk kegunaan masing-masing selepas ini,” kata Rayong ketika berucap ringkas pada majlis itu.

Beliau pada majlis itu juga menasihatkan rakyat kawasan Engkilili untuk terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak demi kerancakkan proses pembangunan di kawasan mereka.

Malah Rayong juga turut meminta rakyat berbilang kaum dalam kawasan Engkilili untuk terus memberi kerjasama kepada wakil rakyat BN bagi menjayakan segala projek pembangunan di kawasan mereka selepas ini.

“Kerajaan memerlukan kerjasama rakyat bagi tujuan pembangunan. Maka atas sebab ini adalah amat penting untuk semua rakyat menolak kepentingan diri masing-masing demi hala tuju pembangunan Engkilili pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment