Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 September, 2011

Buang tabiat tak elok demi kesihatan badan nasihat Dr Rayong


Caption:

1. PENGHARGAAN....Adan (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rayong (tengah) sambil disaksikan oleh Buda (kiri sekali) dan tetamu khas yang lain ketika berlangsung itu.

2. UNTUK ALBUM...Rayong (belakang tengah) bergambar kenangan bersama tetamu khas dan peserta program sebaik sahaja program berkenaan.
 
SRI AMAN, Ahad (18 Sept) – Rakyat perlu membuang tabiat buruk yang boleh merugi dan menjejaskan diri masing-masing mulai sekarang demikian menurut nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Katanya dua tabiat paling buruk yang perlu disingkirkan oleh rakyat demi menjaga kesihatan diri masing-masing ialah meminum arak secara berlebihan dan menghisap rokok.

“Tabiat menghisap rokok misalannya boleh memendekkan umur seseorang dan ia amat berbeza berbanding dengan mereka yang mempunyai umur panjang kerana tidak mengamalkan tabiat tersebut menurut laporan perubatan sebelum ini.

“Begitu juga demi tabiat meminum arak yang boleh menjejaskan kesihatan diri masing-masing. Kedua-dua tabiat ini perlu disingkirkan oleh semua rakyat memandangkan ia juga boleh merugikan wang masing-masing,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Projek Promosi Kesihatan Engkilili di Dewan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) anjuran Kelab MDLA dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia hari ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan semua pihak untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi melancarkan pelbagai usaha yang berkaitan dengan kempen kesihatan dikalangan rakyat selepas ini.

“Kita mahu mewujudkan kesedaran mengenai betapa pentingnya penjagaan kesihatan diri masing-masing bermula dari peringkat akar umbi rakyat mulai sekarang menerusi kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Justeru diharapkan agar pelbagai pihak tampil untuk membantu kerajaan bagi mewujudkan golongan modal insan berkualiti demi menyokong usaha pembangunan negara di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Rayong menerusi majlis perasmian program projek promosi kesihatan berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Kelab MDLA.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Engkilili, Buda Ason, Ketua Projek Promosi Kesihatan Engkilili merangkap pengerusi, Adan Sandom, wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment