Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2011

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB LIngga meriah



Caption:

1. BERTENAGA...Kumpulan Medley Raya Top Mama sedang mempersembahkan tarian pada majlis itu.

2. MERIAH...Sebahagian daripada penduduk yang menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.


SRI AMAN, Khamis (15 Sept) – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 anjuran Urusetia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga nyata telah memeriahkan lagi sambutan perayaan utama terbabit di Sri Aman malam kelmarin.

Majlis Ramah Taman Aidilfitri 2011 yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri itu telah berlangsung jam 8.15 malam sebelum ia berakhir pada jam 11 malam.

Pengerusi pengelola majlis, Bakthiar Mathan ketika berucap pada majlis itu memberitahu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk dan wakil rakyat mereka.

“Malah Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini juga secara tidak langsung juga dapat menghimpunkan semua budaya dikalangan penduduk berbilang kaum yang hadir untuk memeriahkan suasana itu.

“Justeru PBB N.23 Lingga akan menjadikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini sebagai acara tetap pada setiap tahun,” katanya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PBB N.23 Lingga.

Terdahulu majlis terbabit telah diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Medley Raya Top Mama, persembahan karaoke, tarian, cabutan tiket bertuah, persembahan permainan dan penyampaian hadiah Pertandingan Pintu Gerbang 2011.

Pertandingan Pintu Gerbang terbabit menyaksikan JKKK Kampung Masjid Baru muncul juara sambil diikuti oleh JKKK Kampung Tanjung Engkabang dan JKKK Kampung Lemanak.

Johan memperoleh hadiah berupa piala pusingan serta hadiah wang tunai bernilai RM800 manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM700 dan RM600 beserta piala iringan.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Penolong Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Nasserudin Abdul Jabar, wakil Residen Sri Aman, Nurhayati Ahmad, para pegawai kerajaan, ahli PBB Lingga dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment