Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 September, 2011

MP Sri Aman, Masir Kujat turun padang bantu keluarga mangsa tanah runtuh di Banting


Caption: MANFAATKAN...Masir (kanan) menyampaikan cek bantuan wang tunai kepada Tr Merican (kiri) sebaik sahaja selesai pertemuan ringkas berhubung kejadian tanah runtuh di Banting, Lingga.

LINGGA, Ahad (4 Sept) – Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah turun padang bagi meninjau tapak kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Merican Johnson, Banting, Lingga hari ini.

Beliau bersama rombongannya tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Paul, Banting pada jam 11 pagi hari ini untuk melihat sendiri kesan kejadian itu yang telah meranapkan lima buah rumah dan merosakkan tiga buah rumah yang lain pada 4 pagi kelmarin.

Sebaik sahaja kedatangan beliau disambut oleh penduduk Rumah Merican, Masir kemudiannya meninjau tapak kejadian sebelum mengadakan pertemuan bersama penduduk di balai raya kampung berkenaan.

Menerusi pertemuan ringkas beliau telah mengumumkan bantuan bernilai RM500 masing-masing untuk lima buah keluarga mangsa disamping wang bantuan bagi membeli bahan binaan rumah bernilai RM2,500 bagi setiap keluarga berkenaan.

Beliau juga turut mengumumkan bantuan wang tunai bernilai RM2,000 kepada salah seorang penduduk di situ apabila kesan rekahan tanah runtuh dikesan berlaku di bawah tapak kediaman penduduk berkenaan.

Masir menerusi pertemuan ringkas itu juga memberitahu bahawa kerajaan akan berusaha mencari jalan bagi memindahkan kesemua penduduk Rumah Merican ke tapak tanah yang baru bagi mengelakkan bencana terbabit kembali berulang selepas ini.

Sementara itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman turut mengumumkan bantuan bagi membeli bahan binaan rumah bernilai RM2,500 bagi setiap lima buah keluarga berkenaan.

JKM Bahagian Sri Aman juga turut mengumumkan bantuan untuk membeli makanan harian bernilai RM150 bagi setiap lima buah keluarga itu selama seminggu dan RM100 lagi untuk kelima-lima buah keluarga terbabit untuk membeli barangan dapur.

Turut bakal menyusul daripada JKM Sri Aman selepas ini ialah bantuan bernilai RM70 bagi membeli pakaian harian dan belanja harian bernilai RM40 untuk setiap 21 orang mangsa disamping bantuan pakaian sekolah dan peralatan menulis kepada anak-anak mangsa.

Masir dan rombongan kemudiannya berangkat pulang dengan menggunakan helikopter menjelang jam 12.40 tengahari setelah meluangkan masa meninjau keadaan Rumah Merican, Banting.

Tamat.

No comments:

Post a Comment