Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 September, 2011

15 orang penderma sumbang wang keseluruhan RM60 K bantu bina Gereja Saint Luke Sri Aman yang baru



Caption: IKHLAS...Ketua Gereja Saint Luke Sri Aman, Archedeon Chimbie Bunsie (kanan) menerima derma daripada seorang penderma sambil disaksikan oleh Harden (tengah) dan pengerusi pengelola majlis, DSP (B) Nelson Jinn (kiri sekali) pada majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (5 Sept) – Sifat tolong-menolong, keprihatinan individu, ketua kaum dan ahli perniagaan dalam Bandar Sri Aman dalam menyumbang wang bagi menjayakan kerja pembinaan Gereja Saint Luke yang baru harus dipuji.

Ia terbukti apabila sumbangan derma daripada 15 orang individu perseorangan, ketua kaum dan ahli perniagaan dari sekitar Sri Aman membolehkan pihak Gereja Saint Luke mengumpul sejumlah RM60,000.

Kesemua sumbangan derma bernilai RM60,000 itu dikumpul menerusi penganjuran Majlis Makan Malam anjuran Gereja Saint Luke yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Antara penyumbang derma terbabit adalah Temenggong Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, Kapitan Kuek Aik Seng, Wong Su Ching , Then And Sons Sendirian Berhad, Syarikat Hanjaya, Kapitan Kii Kwang Sing, David Keen Hollis Tini, Wilson Law Hee Huat, Ling Yu Kong, Wong Ha Ing, Penghulu Lee Thong Seng dan Ngaran.

Temenggong Sii, Penghulu Lee, Kapitan Kuek, Wong Su Ching, Paul Then (Then And Sons Sendirian Berhad), Law Eng Hui (Syarikat Hanjaya), Kapitan Kii, David Keen dan Wilson Law masing-masing menyumbang RM5,000 pada majlis berkenaan.

Manakala Ling Yu Kong (Mei Xin Inn), Wong Ha Ing, Penghulu Lee dan Ngaran pula masing-masing menyumbang derma bernilai RM3,000 dengan Pengarah Maktab Perguruan Rejang, Raymond Gai dan ASP (B) Anthony Abel juga turut menderma RM1,000 bagi tujuan itu.

RM40,000 lagi derma turut dikumpul daripada Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Dengan kata lain, sejumlah RM100,000 berjaya dikumpul menerusi majlis itu dengan RM250,000 lagi diperlukan bagi membolehkan Gereja Saint Luke Sri Aman yang baru siap dibina sepenuhnya pada tahun ini.

Terdahulu projek pembinaan Gereja Saint Luke, Sri Aman yang baru telah menelan kos pembinaan sebanyak RM2.4 juta dan majlis pembukaannya dijangka akan berlangsung pada 11 Disember tahun ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment