Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2011

Rakyat sayangi Tun Salahuddin



Mugshot:

1. NELSON...Tun bersifat rendah diri

2. UNGKAK...Sering turun padang

3. BUDIT...Harap terus bertugas.


SRI AMAN, Jumaat (23 Sept) – Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin adalah simbol kesejahteraan dan keamanan negeri ini demikian anggapan rakyat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Ke-6 berkenaan.

Salahuddin, 90, yang bakal Hari Ulangtahun beliau pada 24 September ini telah memegang jawatan tertinggi negeri terbabit setelah mengambilalihnya daripada Allahyarhan Tun Ahmad Zaidie Adruce pada tahun 2001 lepas.

Nelson Naga Alam, 51, daripada Lubok Antu berpendapat bahawa Tun Salahuddin bersikap rendah diri dan mudah bergaul dengan semua lapisan rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

“Peribadi yang beliau tonjolkan selama ini harus dijadikan sebagai ikutan oleh semua pihak apabila seorang pemimpin nombor satu negeri itu tidak segan untuk bergaul dengan rakyat,” katanya.

Sementara itu Ungkak Ringkai, 86, dari Simunjan pula berpendapat bahawa Tun Salahuddin layak menjadi Yang Dipertua Negeri memandangkan beliau tidak jemu turun padang untuk bertemu rakyat selama ini.

Aktiviti beliau turun padang bertemu rakyat kata Warga Emas itu sering terpapar di siaran akhbar tempatan dan sekaligus membuktikan bahawa Tun Salahuddin adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat. Beliau dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah sememangnya amat rajin bertandang ke kawasan rakyat untuk bertemu dengan mereka selama ini,” katanya.

Justeru Budit Nayang mendoakan agar Tun Salahuddin panjang umur dan masih mampu menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua Negeri demi kesejahteraan serta keamanan Sarawak dari masa ke semasa.

“Saya berharap agar beliau masih mampu menjalankan tugas demi kebaikan semua rakyat. Saya yakin rakyat masih memerlukan Tun untuk terus melaksanakan tugas sebagai Yang Dipertua Negeri selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment