Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 September, 2011

Dua remaja bertengkar pecah mija kerusi pemilik restoran

SRI AMAN, Selasa (6 Sept) – Seorang pemilik restoran dari Bandar Sri Aman melahirkan rasa kesal apabila bangku dan meja yang terletak di belakang premisnya pecah akibat pertengkaran antara dua orang remaja lelaki malam tadi.

Sebelum berlakunya kejadian kata sumber, kedua-dua remaja terbabit sedang bersosial bersama rakan-rakannya yang lain di sebuah bilik sewa yang terletak di belakang restoran berkenaan bermula jam 8 malam.

Bagaimanapun menjelang jam 11.30 malam, kedua-dua remaja lelaki terbabit mula bertengkar di belakang restoran terbabit gara-gara disebabkan oleh salah-faham antara satu sama yang lain.

“Mereka bertengkar mengenai seorang wanita. Tambahan pula kedua-dua remaja lelaki berusia dalam lingkungan antara 19 hingga 21 tahun itu sudah pun mabuk setelah bersosial di bilik sewa berkenaan.

“Pertengkaran antara kedua-dua mereka menyebabkan kerusi dan meja untuk memotong daging ayam di belakang premis restoran saya digunakan oleh mereka bagi mempamerkan kekuatan masing-masing,” kata pemilik restoran itu.

Disebabkan oleh berang berhubung kejadian terbabit, beliau kemudiannya bertindak menegah tindakan kedua-dua remaja lelaki berkenaan dan seterusnya menuntut ganti rugi berhubung perkara itu.

Bagaimanapun kedua-dua remaja lelaki terbabit yang enggan membayar ganti rugi berhubung kerosakan meja dan kerusi katanya terus beredar dari belakang premis restoran menuju ke lokasi yang lain.

“Jangan tunjuk kuat dengan merosakkan harta-benda orang lain ketika bertengkar. Jangan berada di belakang restoran kami selepas ini jika tidak mahu tindakan keras diambil terhadap mereka pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment