Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 September, 2011

Kerajaan sentiasa usahakan yang terbaik untuk rakyat luar bandar - Rohani

Caption: UNTUK ALBUM...Rohani (duduk tengah) ketika bergambar kenangan bersamam tetamu undangan khas dan penerima lot tanah pada majlis itu.


LINGGA, Sabtu (24 Sept) – Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk memajukan hidup penduduk luar bandar di Sarawak dari masa ke semasa kata Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karem.

Usaha terbabit menurut beliau telah terbukti apabila kerajaan mewujudkan Penempatan Baru Pulau Seduku di Lingga yang menempatkan sejumlah 145 keluarga pada masa sekarang.

“Dahulu kesemua 145 buah keluarga terbabit telah menetap di kawasan kampung asal mereka iaitu Pulau Seduku yang tidak mempunyai kemudahan bekalan asas, perhubungan dan infrastruktur sebelum ini.

“Atas inisiatif kerajaan, kesemua 145 buah keluarga terbabit telah pun dipindahkan ke Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku yang ternyata mempunyai segala kemudahan penting demi kebajikan hidup mereka pada masa sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Surat Hakmilik Tanah Dan Ramah Tamah Aidil Fitri di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, Lingga, kelmarin.

Selain itu kehidupan penduduk di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, Lingga juga akan menjadi lebih bermakna apabila kerajaan telah mewujudkan Ladang Sejahtera Rakyat bagi menaiktaraf ekonomi hidup mereka selepas ini.

“Lagipun penduduk di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku juga bakal menikmati limpahan pembangunan yang bakal dilaksana menerusi Projek Agropolitan Pulau Seduku pada masa akan datang datang.

“Justeru saya berharap agar penduduk luar bandar terus memberi sokongan utuh kepada kerajaan BN yang ternyata telah membuktikan keprihatinan mereka terhadap kebajikan hidup penduduk luar bandar selama ini,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh dan timbalannya, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Penguasa Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman, Razalie Arsat, para kakitangan FELCRA dan pegawai kerajaan di sini.

Rohani pada majlis itu telah menyampaikan sejumlah 141 lot pertanian Ladang Sejahtera Rakyat bagi permohonan tanah berkumpulan Pulau Seduku dan juga sumbangan duit raya kepada 60 orang kanak-kanak.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 untuk JKKK Kampung Pulau Seduku, RM7,000 untuk memperbaiki jeretak Pulau Seduku, RM3,000 untuk JKKK Kampung Hulu dan RM3,000 untuk JKKK Kampung Hilir.

Tamat.

No comments:

Post a Comment