Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2011

Jangan ganggu gelanggang tenis MAKSAK Sri Aman!


Caption: DIGANGGU...Jaring tennis di gelanggang tenis MAKSAK Sri Aman kelihatan londeh setelah beberapa percubaan gagal oleh para remaja yang mahu menanggalkan jaring itu bagi tujuan bermain futsal.


SRI AMAN, Jumaat (16 Sept) – Peminat sukan tennis melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap remaja yang sering menjadikan gelanggang tenis milik MAKSAK Sri Aman untuk bermain sukan futsal sebelum ini.

Terletak di Padang Lama KPSU Sri Aman, gelanggang tennis milik MAKSAK Sri Aman ini sering digunakan oleh mereka yang mula berjinak-jinak dalam sukan terbabit sebelum ia mula diganggu oleh remaja yang bermain futsal di sebelah gelanggang berkenaan.

“Ada masanya ketika terlalu sibuk, saya dan rakan tidak akan bermain tennis di gelanggang tenis MAKSAK berkenaan dalam tempoh seminggau atau dua minggu pada bulan tertentu.

“Ketiadaan kami menyebabkan remaja yang bermain futsal di situ cuba menanggalkan jaring tenis di gelanggang berkenaan untuk tujuan aktiviti mereka walaupun gagal,” kata seorang pemain tenis yang enggan namanya disiarkan di sini.

Beliau juga mendakwa bahawa golongan remaja terbabit sering bertindak demikian selama ini sebelum dia serta rakannya kembali semula untuk bermain tenis di gelanggang MAKSAK Sri Aman berkenaan.

Lebih menyusahkan katanya adalah apabila beliau dan rakan-rakan terpaksa memperbetulkan jaring tenis terbabit sebelum ia dapat digunakan kembali untuk tujuan bermain tenis selepas itu.

“Nampaknya golongan remaja yang bermain futsal di sebelah gelanggang kami tidak menghormati gelanggang tenis milik MAKSAK Sri Aman selama ini berdasarkan kepada tindakan mereka itu.

“Justeru jangan cuba tanggalkan jaring gelanggang tenis milik MAKSAK Sri Aman walaupun ketiadaan kami disitu untuk tempoh masa yang panjang kerana tindakan ini hanya akan merosakkan lagi jaring terbabit,” katanya.

Beliau menambah bahawa gelanggang tenis MAKSAK Sri Aman masih lagi berfungsi dengan baik terhadap mana-mana penduduk yang mahu menjalani latihan sukan tenis di situ pada masa akan datang walaupun ia tampak uzur pada masa sekarang.

“Sila bermain futsal di gelanggang anda sendiri. Tindakan mengulung jaring di gelanggang tenis MAKSAK Sri Aman hanya akan menyusahkan mereka yang mahu bermain di situ selepas ini,” katanya.

Tamat.

1 comment:

  1. berapakah sewa yang dikenakan untuk bermain tenis di sini?

    ada x coach yg boleh melatih pemain n berapa bayaran yang dikenakan?

    ReplyDelete