Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2009

Tauke neo Seng Fung Enterprise komplain jalan kedainya rosak




Caption: PERLU TINDAKAN SEGERA...Kerosakan jalan di sebelah premis Sng Fung Enterprise perlu dapat perhatian pihak berkuasa segera mungkin.

SRI AMAN, Rabu (4 Nov) – Pemilik premis Seng Fung Enterprise Sri Aman meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan dalam bandar ini untuk memperbaiki semula laluan jalan berturap bersebelahan premisnya (belakang bangunan CIMB Bank) yang telah mengalami kerosakan sebelum ini.

Pemilik berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Annie berkata kerosakan berupa lubang sepanjang satu hingga empat kaki di sepanjang laluan jalan bersebelahan premis perniagaannya itu telah mengundang masalah kepada beliau dan pengguna dalam bandar ini hampir setahun yang lepas.

Beliau ketika ditemui Utusan Sarawak menjelaskan bahawa kerosakan laluan jalan itu telah menimbulkan kerisauan dikalangan pengguna jalan raya yang khuatir kenderaan mereka boleh rosak disebabkan laluan berlubang tersebut.

“Malahan masalah paling ketara timbul apabila berlakunya musim cuaca buruk di bandar ini di mana takungan air di dalam lubang jalan berkenaan boleh terpercik ke dalam kedai saya apabila dilalui kenderaan.

“Ia menyebabkan saya dan pekerja kedai yang lain terpaksa melakukan kerja pembersihan untuk membuang kembali saki-baki lumpur basah yang terpercik masuk ke dalam premis perniagaan saya,” menurut beliau.

Selain itu tanah mendap yang terdapat di dalam lubang terbabit menurut Annie akan bertembangan ke udara apabila dilalui oleh kenderaan ketika berlangsungnya cuaca kering di dalam bandar ini.

Debu ini katanya akan mengotori premis perniagaan milik beliau dan seterusnya memberi kesan terhadap para pekerja yang sedang melaksanakan tugas masing-masing dalam premis perniagaan berkenaan.

“Debu ini secara tidak langsung akan disedut oleh saya dan para pekerja saya yang lain. Saya amat bimbang sekiranya masalah ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap tahap kesihatan pekerja saya yang lain.

“Justeru saya berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat bertindak segera untuk menurap kembali laluan jalan berlubang yang terletak bersebelahan dengan premis perniagaan saya selepas ini,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment