Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 November, 2009

Bas bawa kakitangan insuran hanggus di Bukit Begunan

SRI AMAN, Ahad (15 Nov) – 41 orang kakitangan dari sebuah syarikat insuran tempatan nyaris ditimpa kecelakaan apabila bas yang mereka naiki terbakar menerusi kejadian yang berlaku di kawasan Bukit Begunan, Sri Aman sekitar jam 10 pagi kelmarin.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa sebelum berlakunya kejadian tersebut kesemua 41 orang kakitangan syarikat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Kabong, Saratok untuk menghadiri aktiviti sukan di sana.

“Ketika tiba bandar Serian, penumpang yang duduk di kawasan belakang bas mendapati bahawa kerusi mereka berada dalam keadaan panas.

“Pemandu bas berkenaan kemudiannya memeriksa tempat duduk penumpang terbabit dan membuat kesimpulan bahawa masalah terbabit mungkin berpunca dari sistem penghawa dingin yang rosak,” kata sumber.

Ketika bas terbabit tiba di kawasan Bukit Begunan, Pantu, seorang pemandu kenderaan yang mengikuti bas terbabit dari arah belakang mengesan kemunculan asap dari kawasan belakang bas tersebut.

Pemandu kenderaan itu kemudiannya kata sumber bertindak menahan bas terbabit untuk memaklumkan pemandunya bahawa terdapat asap yang muncul dari arah belakang bas berkenaan.

“Api muncul sebaik sahaja bas itu berhenti. Para kakitangan syarikat insuran itu kemudiannya bertindak pantas untuk memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam kebakaran yang sedia ada dalam bas terbabit.

“Tindakan mereka bagaimanapun gagal untuk memadamkan api tersebut. Akibatnya seluruh bas tersebut musnah dimakan api dalam masa beberapa minit sahaja sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Kesemua 41 orang penumpang itu kemudiannya di hantar ke Pekan Lachau, Pantu sebelum mereka membatalkan hasrat untuk ke Saratok bagi menghadiri aktiviti sukan di sana.

Tamat.



No comments:

Post a Comment