Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2009

Pusat PDK Sri Aman kini mempunyai 60 pelatih - Lina

SRI AMAN, Selasa (17 Nov) – Pusat Pemulihan Dalam Kominiti (PDK) Sri Aman kini mempunyai seramai 60 orang pelatih yang datang dari empat kawasan daerah dalam Bahagian Sri Aman.

Pengerusi PDK Sri Aman, Lina Andom Goh berkata pusat ini yang ditubuhkan khas untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai pelatih yang berasal dari kawasan Pantu, Lingga, Lubok Antu dan dari Sri Aman sendiri.

“60 orang pelatih yang hadir di pusat PDK Sri Aman berumur di antara dua hingga 28 tahun dan terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum dalam daerah Sri Aman ini.

“Jumlah keseluruhan terbabit yang juga turut mencakupi tujuh orang pelatih dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman dijangka akan terus bertambah dari masa ke semasa selepas ini,” menurut beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek oleh syarikat Avon Cosmetics (M) Sendirian Berhad kepada PDK Sri Aman di sini hari ini.

Pusat PDK Sri Aman pada majlis itu telah menerima cek sumbangan bernilai RM8,000 yang disampaikan oleh Pengurus AVON Zon 203, Darmawati binti Mas kepada beliau sendiri.

Selain itu katanya pusat PDK Sri Aman kini juga sedang dikendalikan oleh seorang penyelia dan empat orang petugas yang dilantik bagi menjayakan kerja pengurusan pusat terbabit dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari bermula hari Isnin hingga Jumaat.

“Dengan adanya sumbangan daripada pihak AVON hari ini kami akan dapat menjalakan lebih banyak lagi aktiviti untuk pelatih disamping menambah lebih banyak peralatan di pusat ini.

“Justeru diharap agar tindakan AVON ini dapat menjadi ikutan dikalangan syarikat Koperat atau individu persendirian untuk memberi sumbangan kebajikan kepada pusat PDK Sri Aman,” katanya.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis penyerahan sumbangan terbabit adalah Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Pegawai Kebajikan Sri Aman, Rohana Isnawi.

Pusat PDK Sri Aman sebelum ini ditubuhkan untuk membantu golongan OKU yang terdiri daripada masalah kategori Sindrom Down, Austime, Bisu, Pekak, Penglibatan dan cacat dari segi anggota (fizikal).

Tamat.

No comments:

Post a Comment