Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 November, 2009

Rakyat berbilang kaum harus kekalkan perpaduan ujar Lawson


Caption: TERIMALAH…..Lawson (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Banyang dalam majlis itu. Turut kelihatan Isik (duduk dua kiri) dan Dr Richard (duduk dua kanan)

BETONG, Khamis (26 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat menyeru semua rakyat berbilang kaum dalam negeri ini untuk mempertingkatkan lagi tahap hubungan perpaduan dalam kalangan diri masing-masing .

Semua rakyat berbilang kaum khususnya di Betong harus sentiasa bersatu padu memandangkan perpaduan yang wujud dikalangan mereka mampu mewujudkan lagi kestabilan politik dalam negeri ini.

“Andai kata wujudnya kelemahan dalam hubungan perpaduan ini maka ia sekaligus dapat menjurus kepada ketidakstabilan politik yang seterusnya memberi impak negatif terhadap perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Ehwal Khas (JASA) di Rumah Banyang ak Aji di Melabu Bair, Ulu Layar, Betong pada hari Ahad lalu.

Selain itu kata Lawson rakyat berbilang kaum dalam kawasan luar bandar adalah amat beruntung memandangkan hubungan perpaduan yang kukuh dikalangan mereka selama ini membolehkan banyak projek pembangunan dilaksanakan di situ selepas ini.

“Ia sekaligus telah membuktikan keprihatinan pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang mementingkan wujudnya hubungan di antara rakyat selama ini,” katanya.

Dalam majlis itu Lawson telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM80,000 kepada 11 buah rumah panjang yang hadir dalam majlis itu.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Isik anak Utau, Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dr Richard Rapu, Pegawai JASA Bahagian Betong Digat Panji dan para ketua jabatan dalam daerah ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment