Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 November, 2009

Penduduk Engkilili mahu Rayong masuk BN


Caption: SOKONG RAYONG...Nyalau (tengah) bersama rayong (kanan) dan rakyat dari kawasan DUN Engkilili menunjukkan tanda sokongan terhadap Rayong ketika berlangsungnya sebuah majlis di sini kelmarin.

ENGKILILI, Ahad (22 Nov) – Majoriti rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili menyokong penuh wakil rakyat mereka pada masa sekarang iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Rayong yang kini merupakan wakil rakyat pro-BN telah bertanding atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menewaskan calon BN – SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) iaitu Johnathan Krai anak Pilo bagi merebut kerusi DUN Engkilili menerusi pilihan raya negeri pada tahun 2006.

Tuai Rumah Silai anak Sandah dari Skim Skrang berkata rakyat dalam kawasan DUN Engkilili menganggap Rayong sebagai seorang wakil rakyat yang peramah dan mesra rakyat semenjak mentadbir DUN Engkilili pada tahun 2006 dahulu.

“Selain mesra, beliau (Rayong) adalah merupakan seorang wakil rakyat yang rajin menjengok dan menyelami masalah anak buahnya dalam kawasan DUN Engkilili selama ini.

“Atas sebab ini Rayong sangat diminati oleh rakyat dalam kawasan DUN Engkilili. Justeru rakyat khususnya di Ski Skrang mahu beliau menjadi calon BN pada pilihan raya negeri selepas ini,” katanya.

Disamping itu juga Dr Rayong juga rajin turun padang untuk menguruskan hal kematian yang membabitkan rakyatnya di luar kawasan DUN Engkilili disamping rajin menghadiri mana-mana majlis dalam kawasan ini.

Bagaimanapun beliau yakin bahawa Rayong kini sudah bersama BN berdasarkan kepada pengagihan wang peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) oleh beliau kepada rakyat DUN Engkilili yang tidak dimiliki oleh mana-mana calon pembangkang atau bebas sebelumnya.

Sementara itu Tr Adey dari Kubal Batu, Lidong berharap agar wakil rakyat mereka itu ditawark untuk menyertai BN secepat mungkin agar kawasan DUN Engkilili terus mendapat projek pembangunan daripada kerajaan BN pada masa akan datang.

‘Lagipun empat buah rumah panjang dalam kawasan Kubal kini masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan dan ekoran itu rakyat disini menyokong penuh sekiranya Dr Rayong menyertai BN. Sebagai bukti saya baru sahaja menerima MRP daripada beliau sebelum ini,” katanya.

Sementara itu Chaong anak Beringai berpesan kepada barisan pemimpin tertinggi komponen parti BN agar menerima Rayong dalam perjuangan BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Tamat…..

No comments:

Post a Comment