Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2009

46 SLAD jayakan Jambori di SMK Saint Luke


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta Jambori bergambar kenangan guru penyelaras program ketika berlangsungnya aktiviti berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (19 Nov) – Seramai 46 orang ahli Skim Lencana Ahli Dadah (SLAD) telah mengambil bahagian dalam Jambori SLAD Daerah Sri Aman 2009 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke baru-baru ini.

Jambori ini yang disertai oleh ahli SLAD dari tiga buah sekolah dalam daerah Sri Aman ini merupakan satu program tahunan khas untuk mendedahkan latihan asas kepada para ahli demi membolehkan mereka membantu pihak sekolah serta kementerian dalam usaha memerangi najis dadah selepas ini.


Menurut penolong penyeralas program iaitu Lucy Chuo Mee Hong perlaksanaan Jambori SLAD Daerah Sri Aman 2009 ini juga merupakan antara langkah-langkah penting untuk mewujudkan Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012.


“Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada para murid, guru serta kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah pada masa sekarang.

“Disamping itu program ini juga bertujuan membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani disamping mewujudkan permuafakatan warga sekolah dengan orang luar dalam menyediakan alternatif berfaedah untuk tujuan itu,” katanya.


Program ini menurut beliau telah diserikan dengan aktiviti perkhemahan, ceramah dari pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), slot ‘Ice-breaking’, aktiviti Ikatan Perpaduan, Perang Belon Air, slot ceramah LDK, persembahan lakonan drama dan senaman pagi tarian poco-poco.


Malahan para peserta juga turut berlatih menyanyi lagu PPDa bertajuk ‘Remaja Gemilang Tanpa Dadah’ yang telah dicipta oleh beliau bersama dengan beberapa orang ahli SLAD.


“Mereka kemudiannya dibahagikan kepada lima buah kumpulan untuk menjayakan aktiviti slot ‘Outreach’ dengan berjalan kaki dari SMK Saint Luke hingga Mini Stadium Sri Aman di bandar.

“Majlis Penangguhan Rasmi disempurnakan oleh Pengetua SMK Saint Luke, Mering Jock Eng. Justeru diharap agar program seperti ini dapat mendidik para peserta untuk memainkan peranan masing bagi membantu merealisasikan visi ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’ dan ‘Negara Bebas Dadah 2015’,” menurut beliau.


Tamat.


No comments:

Post a Comment