Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2009

Akademik aset penting dalam hidup - Mong


Caption: TAHNIAH...Mong (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Iman Joni (kiri) sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali) Louis, Isa dan Yusop ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

special thanks to SK Munggu Beringgin for the news. Please feel free to surf www.skmunggubringin.blogspot.com

PANTU, Isnin (16 Nov) – Akademik merupakan aset terpenting dalam setiap keperluan hidup individu untuk menjadi lebih maju pada masa hadapan demikian menurut Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelasaran) Mong anak Dagang.

Menurut beliau akademik memainkan peranan penting terhadap seseorang individu dalam membolehkan penguasaan masing-masing dalam pelbagai bidang kerja selaras dengan kemajuan dunia pada masa hadapan.

“Kemajuan dunia pada masa sekarang tidak sama seperti dahulu. Jika seseorang individu itu gagal mencapai taraf kemajuan akademik selepas ini maka mereka tidak akan mampu bersaing untuk menguasai sesuatu bidang kerja di masa hadapan.

“Lagipun kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pada masa sekarang sahaja sudah cukup untuk membuka mata kita akan betapa maju dunia pada masa hadapan,” katanya berucap merasmikan Majlis Penangguhan Karnival Anugerah Sekolah Asrama Terbilang (ASAT) Zon Pantu di Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Beringgin, Pantu baru-baru ini.

Selain itu program ASAT itu juga berperanan penting dalam membentuk sifat ‘kemenjadian’ dalam diri setiap murid yang termaktub dalam perlaksanaan Pelan Induk Pendidikan (PIP) oleh pihak kerajaan.

“Disamping bertujuan untuk memilih perwakilan murid ke penganjuran program ASAT peringkat Bahagian Negeri atau Negeri selepas ini, ASAT juga berfungsi untuk menyerap perlaksanaan konsep 1Malaysia dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dikalangan para muridnya.

Mong pada majlis itu kemudiannya mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Majlis Guru Besar Zon Pantu untuk membolehkan majlis terbabit melaksana pelbagai program di tahun akan datang.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Pantu merangkap Guru Besar SK Munggu Beringgin, Isa Reff, Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Pantu, Louis Aom, Guru Besar SK Aping, Iman Joni dan Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Sri Aman, Yusop bin Lugom.

Sejumlah 11 buah sekolah dari sekitar Zon Pantu mengambil bahagian dalam Karnival ASAT terbabit antaranya ialah SK Munggu Beringin, SK Selanjan, SK Abok, SK Jaong, SK Aping, SK Keranggas, SK Pantu, SK Saint Leo Gayau, SK Saint Martin, SJK Chung Hua Pantu dan SJK Chung Hua Bangkong.

Karnival ASAT anjuran SK Munggu Beringin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman itu mempertengahkan pelbagai pertandingan bersifat akademik yang menarik antaranya ialah Pidato, Tarian Kebudayaan, Futsal, Sepak Takraw, Bola Jaring, Fancy Dress, Action Song dan Public Speaking.

Tamat.





No comments:

Post a Comment