Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2009

Kes 'anjuk' murid perempaun: kes sedang disiasat sebelum didakwa kata Jusoh

SRI AMAN, Khamis (12 Nov) – Pihak polis kini masih sedang menjalankan siasatan berhubung kes rogol oleh seorang guru lelaki terhadap lima orang pelajar perempuan dari sebuah sekolah kebangsaan di Lubok Antu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitenden Police (DSP) Mat Jusoh Muhammad berkata siasatan itu diadakan sebelum pihaknya mengemukakan laporan berhubung kes terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tujuan pendakwaan.

“Suspek yang juga penduduk tempatan di sini telah ditahan reman oleh pihak kami selama tujuh hari bagi tujuan siasatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak di sini hari ini.

Seorang guru diberkas selepas dipercayai merogol serta meliwat lima pelajar di sebuah sekolah kebangsaan di Lubok Antu dekat sini kelmarin.

Terdahulu pihak polis telah bertindak menahan suspek yang dipercayai berusia 27 tahun itu di kediamannya selepas menerima laporan daripada sekolah berkenaan berhubung kes terbabit.

Menurut Jusoh, suspek dipercayai telah merogol lima orang pelajar perempuan sekolah terbabit yang berusia antara tujuh hingga 10 tahun semenjak dari tahun 2006.

``Kesemua mangsa dipercayai telah dirigol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006. “Kesemua mangsa kes rogol ini telah dihantar ke hospital untuk tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut secara terperinci tentang kes rogol terbabit memandangkan kes berkenaan itu kini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Tamat.

No comments:

Post a Comment