Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Candid upacara korban di Kampung Muhibah











Caption:

1. PERSEDIAAN...Para ketua kaum dan pengerusi taman perumahan kelihatan sedang sibuk mengatur kedudukan seekor lembu bagi tujuan korban di situ baru-baru ini.

2. AGIHAN...Para penduduk Kampung Muhibah sedang memotong daging lembu untuk diagihkan kepada penerima pada majlis itu.

3. MERONTA...Ketua Kampung Taman RPR II, Abdul Karim Haji Mas Atem (kiri) mengelakkan daripada lembu korban yang cuba meronta sebelum bermula majlis korban tersebut.

4. SELAMAT HARI KORBAN...Harden (kanan) sedang menyampaikan bungkusan berupa daging Lembu kepada Penghulu Haji Abdul Samad (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

Sejumlah 240 keluarga muslim dari kawasan taman perumahan dalam bandar Sri Aman menerima agihan berupa daging lembu bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Qurban 2009.

Usaha pengagihan daging lembu korban ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman dengan kerjasama para Ketua Kampung (KK) dari beberapa buah penempatan dalam Kampung Muhibbah dan pengerusi taman perumahan dari kawasan berdekatan.

Untuk menjayakan usaha terbabit seekor lembu yang disumbangkan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis sebelum ini telah di’korban’kan menerusi majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi pada 26 November lalu di perkarangan masjid berkenaan.

Kerja penyembelihan lembu terbabit telah dilakukan oleh para ketua kaum dari Kampung Muhibbah iaitu KK Sarkawi Haji Morshidi, KK Mazelan Ani, KK Haji Li Sohor, KK Haji Joli Ramli, KK Haji Mijon Mitai dengan kerjasama Pengerusi KRT RPR Sri Aman, Suhaili Haji Abang Abu Samy dan KK Taman RPR II, Abdul Karim Haji Mas Atem.

Pengerusi Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman, Haji Masra Tengku Udin yang hadir sama bagi tujuan itu telah berjaya menyempurnakan kerja penyembelihan lembut terbabit pada jam 9.30 pagi.

“Seekor lagi lembu yang disumbangkan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Islam iaitu Datuk Haji Daud Abdul Rahman akan di’korban’ ketika berlangsungnya Perayaan Hari Raya Qurban esok,” menurut menurut Abdul Karim ketika dihubungi menerusi majlis itu.

Terdahulu Harden telah tiba di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman untuk menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Lembu sempena Perayaan Hari Qurban bertempat di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman pada jam 10.00 pagi.

Majlis Pengagihan Daging Lembu anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman turut dihadiri oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi.

Tamat.






No comments:

Post a Comment