Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 November, 2009

Belia bawah 23 tahun sri aman dijemput hadir untuk pemilihan skuad bola SUKMA 28 - 29 Nov ini


Mugshot: ABANG NOREN ABANG NARUDDIN

SRI AMAN, Selasa (25 Nov) – Belia berusia bawah 23 tahun dalam kawasan Bahagian Sri Aman dijemput untuk menghadiri sesi pemilihan pemain yang akan diadakan di Padang Kompleks Sukan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman pada 28 hingga 29 November ini nanti.

Sesi pemilihan pemain yang akan bermula dari jam 4 hingga 6 petang pada tarikh yang dinyatakan itu adalah merupakan anjuran Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman atau SAFA.

Timbalan Pengerusi SAFA, Abang Noren bin Abang Naruddin ketika dihubungi berkata sesi pemilihan pemain ini bertujuan untuk memilih belia bawah 23 tahun dari kawasan Sri Aman bagi menyarung jersi skuad Sarawak ke Sukan Malaysia (SUKMA) dan Piala Residen selepas ini.

“Sejajar dengan hasrat Majlis Sukan Negeri untuk mencari pemain yang berkelayakkan untuk menyarung jersi skuad Sarawak ke SUKMA dan Piala Residen itu nanti maka sesi pemilihan ini bakal diadakan bagi mencari mereka yang layak bagi tujuan itu.

“Justeru semua beliau berusia bawah 23 tahun dari seluruh pelusuk kawasan Bahagian Sri Aman untuk dijemput hadir ke Padang KPSU Sri Aman mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi tujuan terbabit,” katanya.

Beliau juga berharap agar belia bawah 23 tahun dari kawasan Lingga, Engkilili, Lubok Antu, Pantu dan Skrang tidak melepaskan peluang masing-masing untuk mencuba potensi sukan bolasepak dalam diri masing-masing menerusi sesi pemilihan itu.

Sesi pemilihan terbabit menurut Noren harus dijadikan sebagai satu pentas untuk menguji sejauh mana bakat masing-masing dalam sukan bolasepak tempatan selepas ini.

“Adalah menjadi penghormatan buat belia itu sendiri sekiranya dapat mewakili Sri Aman untuk mewakili skuad Sarawak dalam SUKMA dan Piala Residen. Jadi datanglah ke sesi pemilihan pada tarikh dan tempat yang telah dinyatakan,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment