SRI AMAN, Khamis (20 Nov) – Seorang Tuai Rumah dari sebuah rumah panjang dalam daerah ini bertindak menampar anak lelakinya gara-gara disebabkan tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana mabuk.
Kisah tersebut bermula apabila anak ketua kaum berusia 35 tahun berkenaan pergi mengumpul buah durian di dusun milik keluarganya tiga hari sebelum berlakunya kejadian berkenaan.
Setelah menjual hasil buah durian kepada seorang pemborong buah di situ anak ketua kaum terbabit kemudiannya mengunjungi rumah saudaranya untuk bersuka-ria dengan meminum arak sehingga mabuk.
“Bagaimanapun setelah pulih dari pengaruh alkohol berkenaan pada keesokan harinya, anak ketua kaum berkenaan kemudiannya menyambung aktiviti terbabit di rumah saudaranya yang lain tanpa makan dan mandi.
“Para saudaranya telah menasihatkan anak ketua kaum berkenaan agar berhenti untuk meminum arak buat sementara waktu kerana bimbang dengan tahap kesihatannya namun tidak dipedulikan oleh lelaki berkenaan,” menurut saudara lelaki berkenaan.
Anak ketua kaum ini kemudiannya berpindah ke rumah saudaranya yang lain untuk tujuan yang sama pada hari ke-3 selepas mengumpul durian di dusunnya sebelum bertindak pulang ke rumah panjangnya sendiri.
“Ketika dalam perjalanan pulang, lelaki bujang itu kemudiannya terserempak dengan bapanya yang secara kebetulan sedang dalam perjalanan ke kebun di tepi jalan.
“Kerana marah si bapa iaitu ketua kaum di kampung berkenaan terus bertindak menampar anaknya sebanyak tiga kali mungkin disebabkan kecewa dengan sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat orang tua,” katanya.
Anak ketua kaum berkenaan terus melarikan diri selepas ditampar oleh bapanya dan terus meluahkan masalah berkenaan di rumah saudaranya yang lain dengan aktiviti meminum arak selepas itu.
Tamat
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
21 November, 2009
Anak tuai rumah ditampar si ayah sebab palau 3 hari 3 malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment