Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2009

SK Munggu Beringgin rai kejayaan UPSR 2009


Caption: TAHNIAH...Rolianie Stacia Peron bersama ibunya Jelia Amir menerima anugerah pelajar cemerlang 2009 daripada Ismawi Hj. Majeni sambil disaksikan oleh Isa (kiri sekali) ketika berlangsungnya majlis kelmarin.

PANTU, Jumaat (20 Nov) – Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Beringin telah meraikan kejayaan mereka setelah berjaya mencapai sasaran peratus lulus keseluruhan sebanyak 60 peratus bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini.

Kejayaan ini diraikan menerusi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2009 yang berlangsung di sekolah berkenaan kelmarin.

Guru Besarnya Isa Reff ketika ditemui berkata sasaran peratus lulus keseluruhan ini telah meningkat sebanyak 7 peratus untuk tahun ini berbanding 53 peratus bagi keputusan UPSR tahun 2008.

“Lagipun SK Munggu Beringgin juga telah menempah sejarahnya yang tersendiri apabila sekolah ini buat julungkalinya berjaya melahirkan seorang murid yang memperoleh keputusan 4A 1B bagi UPSR tahun ini iaitu Rolianie Stacia Peron.

“Ini satu pencapaian yang amat membanggakan buat SK Munggu Beringgin memandangkan sekolah ini belum pernah melahirkan pelajar cemerlang sebegini semenjak dari tahun 2000,” katanya.

Selain itu peningkatan jumlah lulus keseluruhan ini katanya juga menunjukkan adanya usaha daripada pihak jabatan pelajaran, ibubapa, pihak guru, kakitangan sokongan dan penceramah yang telah menjayakan pelbagai aktiviti akademik bagi tujuan terbabit sebelum ini.

Atas sebab ini Isa berharap agar hubungan di antara semua pihak terutamanya guru dan ibubapa murid SK Munggu Beringgin dapat dipertingkat ke tahap lebih tinggi demi mengulangi pencapaian cemerlang yang sama pada tahun depan.

Terdahulu seramai 132 orang murid Pra-Sekolah hingga Tahun 6 sekolah berkenaan menerima sijil dan hadiah menerusi pencapaian masing-masing dalam bidang akademik dan kokurikulum bagi tahun ini.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SK Munggu Beringgin ini telah dirasmikan oleh Penolong Penyelia Unit Akademik, Ismawi Haji Majeni selaku mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Munggu Beringgin, Isa Reff, Penolong Kanan I, Ului Anyi, Penolong Kanan Kokurikulum, Ang Ah Joo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Harry Galang dan ibubapa murid-murid pada majlis itu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment