Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 November, 2009

Futsal Piala 1Malaysia Sri Aman 21 November ini


Orginal source by:


Zaidil Haji Ripin,


http://www.benaktigasungai.blogspot.com

SRI AMAN, Ahad (15 Nov) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman (SAFA) akan menganjurkan Pertandingan Futsal Piala 1Malaysia Sri Aman bermula 21 November ini.

Pegawai JASA Parlimen P.201 Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin berkata pertandingan ini bertujuan untuk menarik minat golongan belia di Sri Aman bagi menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang telah di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.

“Pendekatan ini dianggap lebih bermakna memandangkan ia dapat menghimpun semua belia di bawah perlaksanaan konsep 1Malaysia terutamanya menerusi penganjuran sukan Futsal.

“Justeru Pertandingan Futsal Piala 1Malaysia Sri Aman dilihat sebagai satu platform penting bagi menjayakan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia selepas ini dikalangan belia dalam bandar Sri Aman,” katanya.

Menerusi bayaran penyertaan sebanyak RM30 bagi satu pasukan, Pertandingan Futsal Piala 1Malaysia Sri Aman kata Zaidil hanya terbuka kepada para belia atau warga dari Bahagian Sri Aman.

Bagaimanapun Pertandingan Futsal Piala 1Malaysia Sri Aman yang bakal berlangsung di padang bolasepak Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman ini nanti hanya terhad kepada 24 pasukan sahaja.

“Borang penyertaan akan dikeluarkan pada 16 November 2009 dan boleh di dapati di Pejabat JASA Bahagian Sri Aman.

“Pihak penganjur akan menyediakan hadiah berupa wang tunai, piala dan pingat bagi pasukan yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga pada Pertandingan Futsal Piala 1Malaysia Sri Aman ini kelak,” menurut beliau.

Oleh itu mereka yang berminat katanya boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-5673629 atau Pegawai JASA DUN N.23 Lingga iaitu Sulaiman bin Amut menerusi talian 013-8035800.

Pihak penganjur juga menurut Zaidil akan menyediakan sebuah hadiah untuk pasukan yang dapat menyerapkan nilai dan unsur 1 Malaysia dalam pasukannya sendiri.

Tamat.


No comments:

Post a Comment