Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 November, 2009

Nur Ain juara Pertandingan Karaoke Terbuka 2009 Kecil Kelab Rakan Muda Kampung Pangkat

SRI AMAN, Ahad – Nur Ain Rusli telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Karaoke Terbuka 2009 anjuran Unit Kecil Kelab Rakan Muda Kampung Pangkat, Gran dan Stumbin dekat sini malam tadi.

Beliau muncul sebagai pemenang apabila lagu berjudul 'Engkaulah Ibu' yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Spind sebelum ini berjaya menambat hati para juri hakim pertandingan tersebut.

Naib Johan dan tempat ketiga pula masing-masing turut disandang oleh Saadiah Ibrahim dan Ali Hussien Alek menerusi lagu mereka yang berjudul 'Sha La La' yang dipopularkan oleh Kum Butterfly dan lagu yang berjudul 'Episod Cinta' yang di popularkan oleh Kumpulan Boboy.

Lima pemenang hadiah saguhati menerusi pertandingan ini turut disandang oleh Mohd Jaiwira menerusi lagunya 'Cari Pacar Lagi', E-Syam menerusi lagunya 'Saat Terakhir', Dayangku Suriani menerusi lagunya 'Relaku Pujuk', Johan Abu Bakar menerusi lagunya 'Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta' dan Nurhazwani Roslan menerusi lagunya 'Demi Waktu'.

Terdahulu seramai lapan orang peserta mengambil bahagian pertandingan dalam pertandingan yang berlangsung pada jam 8 malam itu di Perkarangan Surau Riadhaus Salihin, Kampung Pangkat Stumbin.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Unit Kecil Rakan Muda, Kampung Pangkat,Gran dan Stumbin, Iswandi Rusli.

Iswandi ketika ditemui berkata, pertandingan karaoke yang dianjurkan ini merupakan aktiviti yang julung kali diadakan pada tahun ini selepas penubuhan unit kecil kelab berkenaan pada awal tahun 2009.

Katanya, adalah menjadi harapan agar dengan penganjuran pertandingan seumpama ini mampu memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan para belia kampung.

Dalam pada itu katanya, pertandingan yang dianjurkan ini juga turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Pangkat.

Tamat....

No comments:

Post a Comment