Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2009

PPWS Kpg Hilir lawat bekas ahli yang sakit


Caption: PRIHATIN...Para ahli PPWS cawangan Kampung Hilir sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Dayang Rosni (duduk tengah) pada program lawatan itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (18 Nov) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Hilir telah mengadakan lawatan kebajikan terhadap Dayang Rosni Sebli yang kini sedang mengalami sakit uzur di kediamannya dalam kawasan Kampung Jalan Baru Sri Aman baru-baru ini.

Rosni, isteri kepada Ketua Kampung Jalan Baru Sri Aman iaitu Haji Bongom Haji Wi terlantar sakit di rumahnya semenjak tiga bulan yang lalu dan tidak mampu duduk disebabkan oleh sakitnya itu.

Beliau yang juga merupakan ahli tertua PPWS semenjak tahun 1960-an dikunjungi oleh 14 orang PPWS cawangan Kampung Hilir yang diketuai oleh pengerusinya iaitu Rosnah Abang sepian.

“Menerusi lawatan itu pihak kami telah menderma dua buah hamper kepada beliau (Dayang Rosni) sebagai tanda prihatin dan penghargaan terhadap jasa beliau dalam PPWS sebelum ini.

“Malahan menerusi sesi lawatan ini pihak kami juga berpeluang untuk beramah mesra dengan beliau dan berdoa agar kesihatannya dapat sembuh selepas ini,” kata Rosni pada program lawatan berkenaan.

Program ini yang turut disertai oleh Bendahari Kehormat PPWS cawangan Kampung Hilir iaitu Roslind Emeline Dundang berakhir dengan majlis sajian minuman dan makanan untuk ahli rombongan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment