Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 November, 2009

Saspek kes rogol kena reman 7 hari lagi

SRI AMAN, Ahad (15 Nov) – Mahkamah Majistret Sri Aman telah membenarkan permohonan tempoh lanjutan tahanan reman oleh pihak polis terhadap saspek kes rogol terhadap lima orang murid perempuan dari sebuah sekolah rendah di Lubok Antu kelmarin.

Pegawai Penyiasat Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Inspektor Masnorhaslinda telah mengemukakan permohonan bagi tempoh lanjutan tahanan reman di Mahkamah Majistret Sri Aman jam 9 pagi kelmarin terhadap saspek kes rogol yang telah tamat tempoh tahanan reman kelmarin (14 November).

Majistret Sri Aman, Zulhairi Sulaiman telah membenarkan permohonan tempoh tahanan reman oleh pihak polis terhadap saspek berusia 27 tahun terbabit di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Oleh itu saspek iaitu guru yang mengajar di sekolah mangsa rogol berkenaan telah ditahan reman oleh pihak polis selama tujuh hari lagi berkuatkuasa kelmarin hingga 21 November ini.

Terdahulu saspek telah diberkas oleh pihak polis di kediamannya apabila pihak sekolah melaporkan perkara berkenaan terhadap pihak polis berhubung kes rogol dan liwat terhadap lima orang murid perempaun berusia 7 hingga 10 tahun di sekolah berkenaan.
Saspek yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak itu dipercayai telah merogol lima orang pelajar perempuan sekolah terbabit semenjak dari tahun 2006.

Justeru tempoh lanjutan tahanan reman selama tujuh hari itu membolehkan pihak polis untuk melaksanakan siasatan lanjut terhadap saspek berhubung kes rogol dan liwat terhadap mangsa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment