Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 November, 2009

24 anggota polis tamat Kursus Induksi Pemanduan Kenderaan Ringan


Caption: UNTUK ALBUM...Bukhori (duduk lima kiri) sambil diapit oleh Henry (kiri) dan Assari (kanan) sedang bergambar kenangan bersama peserta kursus di IPD Betong kelmarin.

BETONG, Sabtu (14 Nov) – Seramai 24 orang peserta Kursus Induksi Pemanduan Kenderaan Ringan, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 8 / 2009 telah menerima Sijil serta Lesen Memandu Pasukan menerusi majlis yang berlangsung di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong kelmarin.

Kesemua 24 orang peserta dari IPD Sri Aman, IPD Lubok Antu, IPD Saratok dan IPD Betong selaku penganjur kursus berkenaan menerima lesen serta sijil terbabit setelah berjaya menamatkan kursus yang bermula dari 8 hingga 13 November lalu.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superitenden Police (DSP) Mohd Bukhori Saffai ketika berucap pada majlis itu mengingatkan semua anggota PDRM untuk menjaga kenderaan milik polis sebaik mungkin setelah memiliki Lesen Memandu Pasukan berkenaan selepas ini.

“Setiap anggota (pemilik lesen itu) perlu mempratikkan langkah penggunaan yang cermat ketika menggunakan kenderaan milik PDRM bagi membolehkan kenderaan mampu digunakan dalam tempoh masa yang lama selepas ini,” katanya.

Selain itu Kursus Induksi Pemanduan Kenderaan Ringan ini menurut Bukhori juga secara tidak langsung membolehkan para anggota PDRM khususnya di daerah Betong menyelenggara kenderaan pasukan dengan baik.

“Ia sekaligus juga mengajar semua anggota terutama pemilik Lesen Memandu Pasukan ini untuk mematuhi kehendak pasukan PDRM berhubung penggunaan kenderaan polis dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Cawangan Khas Daerah, IPD Betong, ASP Henry Nyuhai, Ketua Trafik Daerah, IPD Sri Aman, Inspektor Mohd Assari Sepei dan para peserta kursus berkenaan.

Kursus Induksi Pemanduan Kenderaan Ringan, PDRM Siri 8 / 2009 selama seminggu itu telah dikendalikan tujuh orang jurulatih dari Sekolah Memandu Mini Kontinjen Sarawak, Batu Kawah, Kuching yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman Rosli.

Tamat.


No comments:

Post a Comment