Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 November, 2009

Jangan biar anak 'merempat' di kampung kata Rayong


Caption: TERIMALAH....Rayong sedang menyampaikan sijil kepada seorang murid ketika berlangsungnya majlis di situ.

SKRANG, Isnin (23 Nov) – Anak-anak tidak boleh dibiar menghabiskan masa masing-masing dengan melepak di rumah panjang atau kampung setelah mereka tamat belajar di peringkat sekolah menengah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa menyampaikan nasihat ini kepada ibubapa dari kawasan rumah panjang atau kampung khususnya dalam kawasan beliau.

Beliau berkata adalah amat merugikan sekiranya anak-anak dibiarkan di kampung atau rumah panjang masing-masing tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfeadah.

“Sebaliknya banyak pusat pengajian tinggi kemahiran di negara ini menawarkan ilmu untuk melengkapkan diri anak-anak bagi menghadapi saingan dalam dunia pasaran pekerjaan sekarang.

“Justeru ibubapa tidak harus berpeluk tubuh dalam soal ini. Hantarlah anak-anak ke untuk menimba ilmu di mana-mana pusat kemahiran atau pengajian yang setimpal dengan kebolehan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Persatuan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Kem Skrang 2009 di Sk Skrang kelmarin.

Selain itu sokongan penduduk tempatan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) katanya adalah amat perlu demi kesinambungan proses pembangunan dalam negeri ini pada masa akan datang.

Sokongan padu itu katanya membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah hasil daripada projek pembangunan yang kini sedang giat diperlaksanakan di seluruh kawasan dalam negeri ini.

Oleh demikian Rayong berharap agar penduduk tempat terus memberikan sokongan padu terhadap kerajaan demi membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksana di kawasan masing-masing dan sekaligus mampu memberi faedah terhadap diri mereka.

Dalam majlis itu Dr Rayong bersama dengan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak memperuntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah sebanyak RM25,000 kepada SK Kem Skrang.

Tamat....


No comments:

Post a Comment