Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2009

Sri Aman C dan Samarahan dinobat Johan Bersama Kejohanan Tenis Jemputan


Caption: TEMPA SEJARAH...Sebahagian daripada peserta Kejohanan Tenis Jemputan merakamkan gambar kenang-kenangan sebaik sahaja tamat pertandingan itu jam 5.30 petang kelmarin.


-16 Nov


Pasukan Sri Aman C dan Samarahan telah dinobatkan sebagai Johan Bersama bagi Kejohanan Tenis Jemputan anjuran Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman di Gelanggan Tennis, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman petang kelmarin.

Kedua-dua pasukan ini telah dinobatkan sebagai Johan Bersama apabila faktor hujan lebat yang melanda Bandar Sri Aman petang kelmarin memaksa pihak penganjur membatalkan perlawanan akhir di situ.

Menerusi kemenangan bersama ini, pasukan Sri Aman C dan Samarahan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM400, piala kejuaraan dan pingat untuk setiap ahli pasukan.

Terdahulu pasukan Sri Aman C berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Tenis Jemputan ini setelah menundukkan saingan pasukan Sri Aman B dengan kemenangan set perlawanan 2-1.

Pasangan bergu Yunus / Hasbullah serta pasangan Abang Hipni / Abdullah dari pasukan Sri Aman C berjaya menewaskan pasangan bergu Faizal / Roslan serta Mohd Islami / Jemeon dari pasukan Sri Aman B pada perlawanan separuh akhir pertandingan itu.

Manakala pasangan Wan Sulaiman / Junaidi dari pasukan Sri Aman B pula berjaya menewaskan pasangan Ronald / Abang Jefri dari pasukan Sri Aman C pada perlawanan berkenaan.

Sementera itu pasukan Samarahan berjaya mara ke perlawanan akhir pertandingan ini setelah berjaya menewaskan pasukan Serian dengan kemenangan set 3-0 pada peringkat saingan separuh akhir pertandingan itu.

Pasangan bergu Wan Samshuddin / Teruna, Ahmad Johar / Raja Iskandar dan Dr Morni / Kaswandi dari pasukan Samarahan bertindak cemerlang untuk menewaskan pasangan bergu Juhari / Jatan, Unjie / Erik dan Rafi / Azli dari pasukan Serian pada perlawanan separuh akhir berkenaan.

Kejohanan Tenis Jemputan yang julungkalinya diadakan oleh Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman semenjak 13 November lalu ini disertai oleh enam buah pasukan antaranya ialah Samarahan, Sri Aman D, Sri Aman B, Sri Aman A, Sri Aman C dan Serian.

Samarahan, Sri Aman D dan Sri Aman B masing-masing berentap dalam saingan Kumpulan A manakala Sri Aman A, Sri Aman C dan Serian pula berentap dalam saingan Kumpulan B.


Tamat.


No comments:

Post a Comment