Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 November, 2009

Kelas jahitan percuma dibuka kepada semua warga Sri Aman atas 18 tahun

SRI AMAN, Jumaat (27 Nov) - Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Sri Aman akan mengadakan Pengambilan Pelatih Kelas Jahitan PLPB untuk sesi 2 / 2009.

Permohonan untuk menyertai kelas jahitan ini adalah terbuka kepada semua penduduk berumur 18 tahun ke atas dari sekitar Bahagian Sri Aman yang sedang mencari pekerjaan masing-masing pada masa sekarang.

Kelas Jahitan PLPB untuk sesi 2 / 2009 terbabit akan bermula pada 5 Januari tahun hadapan dan kesemua peserta bakal menjalani latihan masing-masing bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari selama enam bulan.

Tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap mereka yang berminat untuk menyertai kelas terbabit dan peralatan latihan bagi tujuan itu akan disediakan oleh pihak penganjur.

“Tempat bagi tujuan Kelas Jahitan PLPB untuk sesi 2 / 2009 ini akan diadakan di Dewan Suarah Sri Aman dan para peserta layak menerima sijil penyertaan setelah tamat latihan terbabit selamat enam bulan.

“Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan kelas jahitan ini di Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Bahagian Sri Aman atau di Dewan Suarah Sri Aman.

“Untuk keterangan lanjut mereka yang berminat bolehlah menghubungi Jurutunjuk Kelas Jahitan ini iaitu Roslina binti Dahlan menerusi talian telefon 013-8192576,” menurut kenyataan yang dihantar kelmarin.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Disember 2009 ini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment