Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2009

Boyz Starz Competition 2009 di Wharf Sri Aman 8 Nov ini

SRI AMAN, Rabu (4 Nov) – Kumpulan pemuzik belia dalam bandar Sri Aman berpeluang untuk menguji bakat muzik dan nyanyian masing-masing menerusi acara 'Rakan Muda Band Boyz Starz Competition 2009 (Berkumpulan)' yang bakal berlangsung Tebingan Sungai Batang Sri Aman pada 8 November ini.

Pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini yang hanya terhad kepada penyertaan sebanyak 15 buah kumpulan sahaja akan bermula pada jam 9 pagi pada lokasi dan tarikh yang dinyatakan.

“Penyertaan secara percuma dalam pertandingan ini nanti hanya terbuka kepada belia yang berumur 15 hingga 25 tahun dari kawasan bahagian Sri Aman dan setiap kumpulan dikehendaki mempunyai jumlah anggota kumpulan terhad kepada empat hingga lima orang sahaja.

"Setiap kumpulan hanya dibenarkan menyampaikan dua buah lagu pada pertandingan itu nanti iaitu satu lagu dalam berbahasa Melayu selaku lagu wajib manakala sebuah lagu lagi pula adalah bebas,” demikian menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Ismail ketika dihubungi kelmarin.

Selain itu katanya setiap kumpulan yang terpilih untuk berentap dalam pertandingan itu nanti juga hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian untuk sebuah lagu yang tidak melebihi tempoh lima minit

Bagaimanapun katanya lirik dalam lagu yang bakal dipersembahkan oleh setiap kumpulan dalam pertandingan itu nanti haruslah tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, hinaan, melampau dan kurang bermoral.

"Ingin kita tegaskan di sini ialah kumpulan yang mempunyai jumlah anggota yang kurang dari syarat ditetapkan ( 4 – 5 anggota) pada hari pertandingan itu nanti akan terbatal kelayakannya secara automatik.

“Pihak penganjur akan menyediakan kelengkapan alatan muzik kepada setiap kumpulan yang bakal bertanding dalam pertandingan ini nanti dan setiap anggota haruslah bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan alat muzik terbabit,” menurut beliau sambil menambah bahawa penggunaan alatan muzik sendiri tidak akan dibenarkan.

Justeru kumpulan yang berminat boleh mendapatkan borang di Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman. Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak urusetia pertandingan sebelum atau pada 5 November 2009 ini di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Tamat...

No comments:

Post a Comment