Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Masjid Bandar agih daging lembu korban


Caption: BERAMAL...Haji Mustapha (belakang enam kanan) bersama para ahli jawatankuasa Majis Bandar Sri Aman ketika melaksanakan upacara korban di situ hari ini

SRI AMAN, Ahad (29 Nov) – Seramai 28 orang penduduk dari sekitar bandar Sri Aman menerima sedekah berupa daging lembu menerusi majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

Daging lembu korban ini diagihkan kepada 14 orang penerimanya adalah terdiri Saudara Kita dan 14 orang lagi penerima golongan fakir miskin menerusi majlis sederhana yang dikendalikan Masjid Bandar Sri Aman bermula jam 8 pagi.

14 penerima yang terdiri daripada Saudara Kita ini ialah Alina Abdullah, Rosline Idah Abdullah, Ali Abdullah, Mohd Jawa Abdullah, Hajijah Abdullah, Mohd Martin Abdullah, Norjahah Abdullah, Siti Neriah, Zubaidah Abdullah, Farah Nurhanani, Raja Atira, Halinah Abdullah, Siti Aisyah Ayong dan Nur Juwita.

Selebihnya penerima golongan fakir miskin ialah Jurah Aden, Hasnah Muhamad, Jaerah Lorek, Salmah Abdullah, Jauyah Baie, Jipah Japar, Aishah Adamsah, Kasen Lee, Mesalamah Johari, Khadijah Abdullah, Kawi Kadir, Chungek Serah, Uchey dan Morshidi.

Untuk tujuan itu, dua ekor lembu yang masing-masingnya disumbangkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim dan keluarga Haji Awang Mustafa Awang Ali dari Kampung Tengah telah dikorbankan untuk disedekahkan kepada para penerima berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandar Sri Aman ketika ditemui memberitahu majlis ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk menyemarakkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada aturcara pihak kami untuk menganjurkan Majlis Ibadah Korban Aidiladha 1430H / 2009M yang berlangsung di Masjid Bandar Sri Aman bermula jam 6.25 petang ini.

“Majlis yang akan diketuai oleh Imam I iaitu Haji Abang Abang Koteng bakal diselitkan dengan upacara Solat Fardhu Mahgrib Berjemaah, Majlis takbir, Tahlil, Doa Selamat, Solat Fardhu Isyak berjemaah dan jamuan makan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment