Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2009

Kakitangan kerajaan perlu amalkan 5S ujar Shamshuddin


Caption: SEDIA...Abang Shamshuddin (kanan) bersama Felicia (kiri) ketika bermulanya upacara nyanyian lagu NegaraKu sempena majlis itu di sini hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (13 Nov) – Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) adalah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang merangkumi peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji berkata menerusi pengenalan amalan 5S ini para kakitangan kerajaan mampu meninjau semula proses kerja masing-masing dan seterusnya mengenalpasti langkah kerja yang tidak diperlukan sebelum menyingkirkannnya.

“Di sini saya ingin menegaskan betapa pentingnya bagi setiap kakitangan jabatan kerajaan untuk mengamalkan amalan 5S demi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing sepanjang masa.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Amalan 5S bertempat di perkarangan Pejabat Residen Sri Aman hari ini.

Selain itu katanya penerapan amalan 5S bukan sahaja mempertingkatkan mutu kerja kakitangan kerajaan malahan dapat mempercepatkan sistem penyampaian perkhidmatan dikalangan kakitangan di masa akan datang.

Justeru Shamshuddin berharap agar semua kakitangan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman untuk lebih serius mengamalkan Amalan 5S selepas ini demi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing.

Hadir sama ialah Timbalan Residen (Bahagian Pembangunan Sosial) Felicia Tan, pemangku Pegawai Daerah Sri Aman, Mahri Saparwi, para pegawai kerajaan dan kakitangan jabatan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman.

Turut berlangsung pada majlis terbabit ialah gimik perasmian dan pelancaran Amalan 5S, kerja gotong-royong membersihkan kawasan Pejabat Residen Sri Aman, jamun ringan dan sesi fotografi bersama peserta yang terlibat dalam majlis itu.


Tamat.


No comments:

Post a Comment