Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 November, 2009

119 murid sertai kem pengakap di Lubok antu




Caption:

1.SERONOK..Para peserta sedang melakukan aktiviti Telur Amanah ketika berlangsungnya aktiviti perkhemahan terbabit baru-baru ini.

2.PANTAU...Rosalind (tengah) bersama kakitangan yang lain ketika sedang melakukan tinjauan terhadap aktiviti yang berlangsung pada perkhemahan terbabit.

LUBOK ANTU, Selasa (24 Nov) – Jabatan Pelajaran Daerah Lubok Antu dengan kerjasama Majlis Pengakap Malaysia telah menganjurkan Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban, Lubok Antu baru-baru ini.

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu yang berlangsung selama dua hari di sekolah terbabit telah melibatkan penyertaan seramai 119 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 dari 23 buah sekolah dalam daerah tersebut.

Sambil dibantu oleh 52 orang guru dan kakitangan sokongan bukan guru, aktiviti Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu bertujuan untuk melahirkan pewaris yang cemerlang dalam semua bidang dan berdaya saing dalam era globalisasi kelak.

“Perkhemahan ini juga memberi pendedahan kemahiran dan ilmu pengakap dikalangan semua peserta disamping mewujudkan semangat kerjasama, pengkongsian kemahiran serta pengetahuan di antara mereka,” menurut pengerusi perlaksanaan khemah merangkap Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lubok Antu, Rosalind Emeline Dundang.

Beliau juga menambah bahawa aktiviti perkhemahan ini turut mengimbangi aktiviti seharian di sekolah, rumah dan dalam komuniti masyarakat sekeliling mereka.

“Malahan perkhemahan ini juga memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari segi aspek jasmani, emosi, rohani serta intelektual,” katanya.

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu ini telah diserikan dengan acara nyanyian, kembara hutan, masakan ala rimba, pionering, persembahan kebudayaan, pecah bendung, kawad asas, praktikal asas bantu mula, rempuh halangan, sukaneka, ikhtiar hidup dan khidmat masyarakat.

Majlis penutupan aktiviti Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu ini telah disempurnakan Pesuruhjaya Pengakap Kawasan Sri Aman, Haji Abdul Rahman Haji Muhiyuddin.

Tamat.



No comments:

Post a Comment