Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2009

Pertandingan Seduku Idol di SK Pulau Seduku, Lingga meriah


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama Mohd Sepian (kanan sekali ) dan Azmil (dua kiri) sebaik sahaja tamat Pertandingan Karaoke SKPS Idol 2009.

LINGGA, Khamis (19 Nov) – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad cawangan Sri Aman dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman telah menganjurkan Pertandingan Karaoke SKPS Idol 2009 bertempat di sekolah berkenaan pada hari Rabu lepas.

Pertandingan ini yang buat julungkalinya diadakan oleh kedua-dua pihak di sekolah berkenaan menyaksikan Mohd Haikal menerusi persembahan lagunya berjudul Terbaik muncul juara bagi kategori lelaki pertandingan tersebut.

Manakala itu Amir Wajdi menerusi persembahan lagunya berjudul Benci Bilang Cinta muncul naib juara bagi kategori lelaki Pertandingan Karaoke SKPS Idol 2009 ini. Tiga lagi peserta kategori lelaki yang turut mengambil bahagian dalam kategori ini ialah Adi Luqman, Abang Zawan dan Abang Tarmidzi.

Dengan kemenangan itu Haikal dan Amir berhasil membawa pulang hadiah berupa piala juara dan naib juara beserta hamper hasil tajaan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Sementara itu bagi kategori perempuan, Nurizrin Atirah menerusi persembahan lagunya berjudul Ayat-Ayat Cinta muncul juara bagi kategori terbabit sambil diikuti oleh Nurashima yang berada di kedudukan naib juara menerusi persembahan lagu berjudul Menggenggam Suratan.

Lima orang lagi peserta perempuan yang turut mengambil dalam kategori perempuan Pertandingan Karaoke SKPS Idol 2009 terbabit adalah Siti Hajar, Masitah, Nurhidayah, Kadariah dan Siti Mas Amina.

Pertandingan ini yang dihakimi oleh dua orang kakitangan Bank Rakyat cawangan Sri Aman iaitu Azmil Sulaiman dan Ahmad Azerine Solhan bersama dua wakil hakim pihak sekolah terbabit telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pulau Seduku, Mohd Sepian Abang Daud.

Sejumlah 100 orang penduduk bersama 17 kakitangan dan para guru SK Pulau Seduku hadir bagi memeriahkan suasana penganjuran Pertandingan Karaoke SKPS Idol 2009 berkenaan.

Tamat.




No comments:

Post a Comment