Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2009

Penuhi piawai global jika mahu terus bersaing nasihat Harden


CEMERLANG....Harden (dua kiri), Mering (tiga kanan), Nilla (duduk kiri) serta yang lain merakamkan gambar kenang-kenangan bersama dengan pelajar cemerlang SMK Saint Luke selepas berakhirnya majlis berenaan dekat sini kelmarin.


SRI AMAN, Ahad (1 Nov) – Setiap warganegara perlu memiliki tahap pendidikan yang tinggi agar mereka mampu menepati piawai global dan seterusnya mampu bersaing dengan ahli komuniti global yang lain demikian kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.


Untuk itu menurut beliau kerajaan akan meneri penekanan terhadap inovasi dan pembangunan dalam bidang pendidikan dari tahun ke tahun bagi membolehkan setiap warganegara Malaysia menepati piawai global selepas ini .


"Contohnya melalui enam teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran telah merangka pelbagai program bagi menyediakan asas yang kukuh dalam bidang pembangunan modal insan agar negara mampu melahirkan penduduk Malaysia yang bertaraf dunia,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2009, Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Saint Luke, Sri Aman bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman kelmarin.


Menurutnya, bagi menyemarakkan lagi bidang pendidikan di negara ini, kerajaan juga telah berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan dunia dengan memberi ruang kepada instiusi pendidikan dari luar negara menubuhkan institusi mereka di negara ini.


“Ia secara tidak langsung telah memberi peluang kepada warganegara kita untuk menikmati kemudahan pembelajaran tersebut disamping menarik kedatangan pelajar luar negara ke dalam negara ini,” menurut Harden.


Hadir sama ialah Walikota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Piau Inggot, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Limok Shem, Venerable Archedeacon Father Chimbie Bunsie, Pengetua SMK Saint Luke Mering Jock Eng dan Pengerusi PIBG SMK Saint Luke, Nilla Bara.


Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10,000 bagi tahun 2009 kepada PIBG sekolah berkenaan untuk kegunaan menjalankan aktiviti sepanjang tahun mereka.


Terdahulu Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum untuk pelajar Lelaki dan Perempuan sekolah berkenaan telah disandang oleh Mohammad Syafiq Shazwan bin Esa dan Wizilla Janti anak Joshua.


Anugerah Pelajar Menngah Atas pula turut disandang oleh Thenyi Sham. Manakala Anugerah Pelajar Contoh Tingkatan Tiga kategori Lelaki dan Perempuan masing-masing telah disandang oleh Edward Bong Jin Liang dan Athena Hollis Tini anak Stanley.


Anugerah Pelajar Contoh Tingkatan Lima untuk kategori Lelaki dan Perempuan masing-masing telah disandang oleh Lee Kaw Howe dan Mercyellasara anak Joshua yang mana beliau turut merangkul Anugerah Khas Pengetua.


Tamat...


No comments:

Post a Comment