Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2009

Bini Queen Control mengamuk laki tengok Pesta Air Krian

SRI AMAN, Selasa (3 Nov) – Seorang wanita ‘naik minyak’ apabila mendapati suaminya pulang lewat ke bandar Sri Aman setelah berkunjung ke bandar Saratok untuk menyaksikan acara Pesta Air Sungai Krian 2009 di sana malam Ahad tadi.

Kisah bermula apabila si suami bertindak mengikuti tiga orang rakannya ke bandar Saratok bermula jam 8 pagi kelmarin untuk menyaksikan acara menarik yang diadakan bersempena dengan penganjuran Pesta Air Sungai Krian, Saratok.

Bagaimanapun si suami dipercayai tidak memaklumkan tindakannya kepada si isteri berhubung hasrat beliau untuk mahu mengikuti rakan-rakan ke bandar Saratok pada waktu pagi itu.

“Kami bertiga tidak tahu mengenai hal ini. Yang cuma kami sedari ialah suami kepada wanita berkenaan tiba-tiba mahu mengikuti kami untuk menyaksikan acara yang berlangsung di Pesta Air Sungai Krian pada pagi kelmarin.

“Setelah menyaksikan pelbagai acara menarik yang berlangsung di situ, kami berempat kemudiannya menghabiskan masa dengan berehat di restoran dalam bandar Saratok sebelum berangkat pulang pada jam 12 tengah malam ke Sri Aman,” kata rakan kepada si suami terbabit ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah ibu si suami berkenaan pada jam 2 pagi, keempat-empat mereka termasuk si suami itu sendiri berasa terkejut apabila mendapati si isteri sudah bersedia menunggu mereka di persimpangan jalan di situ.

Si isteri yang menunggu kedatangan mereka di dalam kenderaan miliknya sendiri sebelum itu kemudiannya bertindak memaki si suaminya kerana pulang lewat dari bandar Saratok.

“Lagipun si isteri berang kerana suaminya tidak meminta kebenaran daripada dirinya terlebih dahulu untuk mengikut kami ke bandar Saratok,” kata rakannya sambil menambah bahawa tindakan si isteri itu telah mengejutkan penghuni di kawasan perumahan berkenaan sebelum beredar lima minit kemudian.

Tamat.







2 comments:

  1. berita macam ni ada jugakah...apa komen anda dengan beberapa pelajar dari smk st augustine betong yang mengajuk cara sembahyang umat islam!!!

    ReplyDelete
  2. selamat tengahari,

    kes 6 pelajar bukan Islam yang mengajuk cara sembahyang umat islam di Gereja Saint Augustine kini sedang dalam siasatan pihak polis.

    Demi menjaga sensitiviti umat islam berhubung isu ini maka pihak media diminta tidak mendedahkan isu terbabit.

    kes itu berpunca dari pergaduhan di antara pelajar sekolah berkenaan. Sumber tidak rasmi mengatakan ia berpunca dari tabiat hina menghina agama masing-masing sebelum itu.

    Thanks.

    ReplyDelete