Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Teruskan haluan bersama BN - Rayong

Caption: DARI BN...Rayong (kiri) menyerahkan cek kepada Kanselor  Wilson (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

ENGKILILI, Rabu (9 Nov) – Rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu diminta untuk terus sehaluan dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

Justeru rakyat diharap agar terus menyokong William Nyalau Badak sekiranya dia dipilih untuk sebagai calon BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu itu pada PRU13 kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Skrang, Engkilili malam tadi.

“Saya yakin Nyalau masih berkeupayaan untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat sekiranya kita (rakyat Lubok Antu) terus menyokong beliau pada PRU13 akan datang,” katanya.

Selain itu Rayong juga mengingatkan ibubapa di sini bahawa pendidikan adalah merupakan modal penting bagi anak-anak untuk meneruskan hala tuju hidup mereka di masa akan datang.

Tanpa pendidikan, anak-anak katanya tidak akan mampu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang maju dalam bidang pendidikan sebelum itu.

“Paling penting sekarang ini ialah ibubapa perlu bertindak lebih tegas untuk mendisiplinkan anak masing-masing dari segi soal pendidikan jika tidak mahu melihat mereka gagal memperoleh tempat dalam kemajuan negara selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Kem Skrang, Harold Wilson Api, Yang Dipertua SK Kem Skrang, Kanselor Wilson Alie Banjie dan Zainie Ajie iaitu Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Terdahulu Rayong menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM4,000 kepada PIBG SK Kem Skrang.

Tamat.



No comments:

Post a Comment