Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 November, 2011

Musim durian kembali lagi

Caption: REZEKI TAMBAHAN...Penduduk kampung kelihatan menjual durian di kawasan Stesen Bas Sri Aman hari ini.

PANTU, Jumaat (25 Nov) – Musim durian kembali melanda kawasan Sri Aman namun kali ini dilihat lebih hebat berbanding dengan musim raja buah yang pernah melanda kawasan ini berbanding bulan September lalu.

Ia terbukti apabila aktiviti jualan buah berkenaan sudah bermula di kawasan Pantu, Pasar Lachau, Kampung Rapak, Kampung Punggu, Kampung Gua, Kampung Melugu Tembawai hingga ke kawasan pusat Bandar Sri Aman semenjak tiga hari lepas.

Seorang penduduk ketika ditemui hari ini memberitahu harga buah durian masih berada pada paras harga lamanya iaitu ketika musim raja buah terbabit sekitar bulan September lepas.

“Kami masih menjual pada harga RM15 hingga RM20 bagi tiga biji buah durian yang bersaiz sederhana manakala RM10 sebiji bagi duah durian yang bersaiz besar kepada peminat raja buah berkenaan,” kata James Biong dari Punggu, Pantu.

Katanya raja buah ternyata masih diminati oleh ramai penduduk di negeri ini sehingga ada di antara mereka yang sanggup membeli buah berkenaan dalam kuantiti yang agak banyak.

Sementara itu Belly Mabong dari Simunjan ketika ditemui memberitahu bahawa kawasan perkampungannya kini sudah menjadi tumpuan pemborong durian yang datang membeli durian mereka pada harga RM5 sebiji.

“Musim durian sebenarnya sudah bermula. Tetapi buat masa sekarang kebanyakkan dusun buah berkenaan masih menggugurkan buah yang rosak atau dipanggil ‘kubuk’ dikalangan penduduk Iban.

“Saya yakin musim buah durian akan menjadi lebih hebat selepas dua atau lima hari nanti  dengan semua dusun di perkampungan Simunjan mula menggugurkan buah durian yang sudah masak,” katanya.

Tamat.






No comments:

Post a Comment