Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 November, 2011

500 penduduk Islam tunai solat sempena Hari Raya Korban

Caption: BERI TUMPUAN...Para jemaah sedang khusyuk mendengar khutbah daripada Rehal Hossen, Imam ll, Masjid Darul Hijrah, Simunjan ketika solat sunat berkenaan.

SIMUNJAN, Isnin (7 Nov) - Seramai kira 500 orang penduduk beragama Islam telah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban bertempat di Masjid Darul Hijrah, Simunjan baru-baru ini.

Khutbah Hari Raya Aidil Adha  di Masjid Darul Hijrah, Simunjan  itu telah disampaikan oleh Imam ll masjid berkenaan iaitu Rehal bin Hossen.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hijrah, Khalik bin Marzuki ketika ditemui berkata pelbagai aktiviti telah dirancang bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Antara aktiviti tersebut ialah Majlis Berzikir, Majlis Kesyukuran dan Tepung Tawar untuk Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Haji Mohd Naroden Majais merangkap ADUN Simunjan di atas pengurniaan gelaran Datuk yang diperoleh beliau baru-baru ini.

Selain itu Naroden katanya juga akan menyempurnakan majlis pengagihan daging korban kepada penduduk bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha di perkarangan masjid berkenaan.

“Sambutan Hari Raya Korban di sini juga turut diserikan lagi dengan sumbangan sebanyak 10 ekor lembu daripada Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Hajah Nancy Haji Syukri dan Naroden.

“Ia akan dikorbankan sebelum diagihkan kepada para penduduk di Pekan Simunjan selepas ini,” katanya.

Justeru Khalik merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan di atas sumbangan lembu bagi tujuan daging korban bersempena dengan perayaan tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment