Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2011

Jalan rosak di kawasan Bukit Begunan sudah dibaiki

Caption: SERBA BARU...Gambar menunjukkan sebahagian daripada kawasan jalan raya Bukit Begunan iaitu kira-kira 43 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman yang sudah diturap oleh kerajaan baru-baru ini.



SRI AMAN, Isnin (31 Okt) – Dahulu jika sebut sahaja kawasan Bukit Begunan, Sri Aman sememangnya ramai pengguna kenderaan akan mengeluh disebabkan oleh kerosakan laluan jalan raya di situ.

Ini kerana kerosakan berupa keretakan dan pecahan tar atas jalan raya tampak nyata di laluan menurun menuju ke arah Sri Aman jika pengguna memandu kenderaan mereka datang dari arah Kuching selama ini.

Lebih membahayakan lagi ialah ketika pemandu dari arah Kuching cuba memasuki lorong pengguna kenderaan yang datang dari arah Sri Aman disebabkan oleh kerosakan jalan raya di situ ketika hujan turun di kawasan Bukit Begunan itu.

Keadaan ini nyata amat berbahaya sehingga kejadian kemalangan jalan raya sering dicatatkan berlaku dalam kawasan terbabit sama ada disebabkan oleh faktor kerosakan jalan mahu pun kecuaian pengguna itu sendiri.

Namun situasinya kini sudah berubah apabila kerajaan telah melakukan kerja menaiktaraf jalan raya di Bukit Begunan bermula akhir bulan Jun hingga ia siap sepenuhnya pada akhir bulan September lepas.

Kerja naiktaraf ini berupa penurapan semula laluan jalan raya sepanjang 3.61 kilometer bermula dari kawasan bawah Bukit Begunan (dari arah Kuching) hingga menuju ke kawasan penempatan penduduk di Punggu.

“Ya, memang tidak dapat saya nafikan bahawa amat selesa memandu di kawasan Bukit Begunan memandangkan kesemua laluannya sudah siap ditar oleh kerajaan semenjak beberapa minggu lepas.

“Pentingnya sekarang ini ialah kesemua kita harus berhati-hati ketika memandu turun dari kawasan puncak Bukit Begunan hingga kawasan bawah (menuju ke Sri Aman) selepas ini,” kata seorang pengguna kenderaan yang hanya dikenali sebagai Umpek.

Keseluruhannya usaha penambahbaikan jalan raya di kawasan Bukit Begunan oleh pihak kerajaan mengambarkan keprihatinan kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah kemudahan pengangkutan di negeri ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment